Bulan Ramadan sangat dinanti oleh umat Islam dan masa inilah ramai yang ingin perbanyakkan amal ibadat. Bersempena bulan puasa ini, Lisa Surihani berazam untuk khatam Al-Quran bagi mendekatkan diri kepada Allah.
Menurut Lisa, tahun lalu dia berjaya menghabiskan kesemua 30 juzuk Al-Quran pada bulan Ramadan dan ingin mengulanginya lagi tahun ini. Lisa berkata, dia sedaya-upaya mengerjakan ibadah sebaik mungkin walaupun menyedari terdapat kekurangan dalam bacaannya.
BACA: Lisa Surihani Kecewa Liyana Jasmay Terus Dikecam Netizen
“Sebenarnya sejak dari tahun lepas, saya cuba mengaji dan untuk khatam Al-Quran dan saya teruskan lagi pada tahun ini. Saya buat ini mungkin disebabkan faktor usia dan juga ingin mendekatkan diri kepada Allah.
“Walaupun ada sedikit kesilapan dan tak sempurna bacaan, saya terus belajar agar bacaan menjadi sempurna dan saya cuba untuk mengejar ibadah sebaik mungkin,” katanya kepada Kopi Planet.
Ujarnya lagi, dia akan membaca sekurang-kurangnya empat muka surat Al-Quran setiap kali lepas solat. Malah, anak sulungnya juga sudah mula terikut-ikut apabila dirinya solat dan mengaji.
“Sekarang pun anak sulung saya, Yahaira Leanne pun ada terikut-ikut bila dia tengok saya solat dan mengaji. Sejuk hati saya dan perasaan hiba itu datang bila selesai solat dan dia datang cium saya,” katanya.
Dalam pada itu, Lisa menegaskan dia mengaji bukan untuk menunju tetapi niat untuk untuk mendekatkan diri kepada Allah. Lisa berkata, ada masanya dia akan berkongsikan ayat Al-Quran yang dibaca buat pengikut di Instagram.