Dengan kemuncak musim panas di kebanyakan negara Barat, tidak hairanlah ramai selebriti kita sedang menghabiskan masa bercuti di negara negara Eropah yang memang terkenal dengan kecantikan pemandangan dalam musim sebegini.

Tidak terkecuali Lisa Surihani dan Yusry KRU yang dilihat kini berada di Paris, Perancis sejak beberapa hari yang lalu dan pasangan ini tidak pula memberitahu tujuan mereka ke sana melalui Instagram masing masing. Memang kami kaki stalker, ya.


Mungkin sekadar bercuti merehatkan minda dari kerja yang tidak sudah di bumi Malaysia ‘kan? Menariknya, Lisa Surihani & Yusry KRU sempat bertemu pasangan suami isteri Nabil & Zira ketika mereka berada di sana dan makan malam bersama.

Banyak gambar yang dikongsikan Lisa Surihani buat tatapan peminat melalui akaun Instagram beliau. Anda boleh pergi lihat sendiri dan jika anda tidak mempunyai akaun Instagram, ini beberapa keping gambar percutian mereka untuk anda. Enjoice! (rtky/m)