fbpx

Linkin Park Bakal Gegar Kuala Lumpur Dengan Living Things World Tour 2013

Kali terakhir Linkin Park menjejakkan kaki ke Malaysia untuk mengadakan konsert adalah pada tahun 2003 dan 10 tahun telah berlalu kini mereka kembali ke sini sebagai salah satu lokasi jelajah dunia mereka.

Konsert Linkin Park di Kuala Lumpur kali ini adalah sebahagian daripada siri Living Things World Tour dan ianya akan di’adakan pada 19 Ogos 2013 bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Yeah.

Maklumat lanjut berkaitan harga tiket hanya akan di’umumkan pihak penganjur pada Isnin (17 Jun 2013) dan pembelian awal tiket hanya akan bermula pada Jumaat hadapan (21 Jun 2013). Stay tuned!

Linkin Park Living Things World Tour Live in Malaysia 2013

Tarikh: 19 Ogos 2013 (Isnin)
Tempat: Stadium Nasional, Bukit Jalil
Masa: 8.00PM
Tiket:

Tiket berharga RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan sebagai tempat duduk bebas manakala untuk tempat berdiri bebas tiket dijual dengan harga RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (The Pit) dan RM680 untuk kategori VIP.

Bagi mereka yang membeli lebih awal iaitu sepanjang tempoh pra jualan bermula 21 hingga 30 Jun depan, diskaun sebanyak 10 % akan diberikan kepada mereka.

Mereka yang berminat boleh melayari laman www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03-92228811 atau facebook.com/thewonderlandplus.