fbpx

Lindsay Lohan Saman Pitbull Kerana Lirik Lagu ‘Give Me Everything’

Dan, kes mahkamah sensasi terbaru Hollywood pun bermula.

Berita yang baru kami terima ini mengesahkan yang Lindsay Lohan telah memfailkan saman terhadap Pitbull, Ne-Yo & Afrojack.

Lindsay Lohan mengemukakan saman atas alasan lirik nyanyian Pitbull melalui lagu hits Give Me Everything mempersendakan personaliti beliau.

Lirik lagu ciptaan Ne-Yo & Afrojack itu mengandungi bait lirik berikut;

Hustlers move aside, so I’m tiptoein, keep flowin’
I got it locked up like Lindsay Lohan

Lindsay Lohan di’katakan kurang senang dengan lirik yang seakan memberi gambaran buruk terhadap kehidupan beliau sebagai seorang selebriti.

Beliau mengemukakan saman di’bawah hak asasi awam New York yang melindungi individu di’eksploitasi untuk kegunaan komersial.

Dalam kenyataan saman Lindsay Lohan, beliau meminta mahkamah melarang semua defendan untuk terus menyiarkan lagu tersebut & sejumlah kos ‘kerosakan’ yang tidak di’nyatakan. Go Pitbull!