Aliff Syukri Menangis Akaun TikTok Disekat, Kerugian Hampir RM1 Juta

Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri terpaksa menerima apabila akaun TikTok miliknya disekat dari melakukan siaran langsung sejak Rabu lalu.

Memetik mStar Online, Aliff berkata disebabkan itu dia mengalami kerugian hampir RM1 juta kerana dari platform berkenaan dia melakukan jualan produknya.

BACA: Aliff Syukri, Shahida Dipuji Bawa 60 Pekerja Tunai Umrah

“Saya mula sedar akaun TikTok saya disekat sejak Rabu. Saya tak boleh nak buat live sedangkan disitulah boleh dapat keuntunagn besar daripada jualan produk. Dalam tempoh empat hari ini, rasanya saya dah rugi hampir RM1 juta,” katanya.

Sementara itu, Aliff berkata tindakan disekat itu turut memberikan kesan kepada emosinya sehingga dia kemurungan. Malah, dia terpaksa membuka akaun baru dan dia juga tidak tahu punca akaunnya disekat.

“Memang sangat sedih dan saya dah puas menangis. Hidup saya macam dah tiada erti sebab tak boleh nak berniaga. Saya berkurung dalam bilik dan kemurungan.

“Banyak perkara sensitif yang tak boleh buat ketika live di TikTok, jadi saya pun tak tahu puncanya. Hidup ini kena teruskan, jadi saya buat akaun baru,” katanya.

Sumber: mStar Online

×