Lima Bulan Jual Cempedak Goreng Tepi Jalan, Hidayah Berjaya Buka Kedai Sendiri
Selepas lima bulan mengusahakan perniagaan cempedak goreng di tepi jalan, isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah kini berjaya membuka kedai sendiri di Sabak Bernam, Selangor.
Berkongsikan perkhabaran gembira itu di Instagram, Hidayah meluahkan rasa syukur di atas rezeki yang diberikan Allah. Ujarnya, hasil titik peluhnya selama ini akhirnya dia mampu memiliki sebuah kedai.
BACA: Hidayah Syukur Tuntutan Faraid Selesai, Ibu Mentua Tetap Dapat Bahagian
“Alhamdulillah syukur pada Allah, hari jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan Cempedak goreng Dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini.
“Terima kasih abang Dayah @sirazmier bantu untuk dapatkan kedai ni, terima kasih mak abah dan keluarga tercinta sentiasa doakan serta sokong Dayah. Terima juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan Kedai dengan cepat,” katanya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu serta memberi kata-kata semangat untuk terus maju dalam dunia perniagaan.
Difahamkan, Hidayah memulakan perniagaan cempedak goreng itu sejak April lalu bersama adik iparnya.
Hidayah dan arwah Abam berkahwin pada Disember 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia satu tahun.
Tahniah hidayah…hah kepada ali itam, ko gi cari keje laa lebih baik dari.org tgk muka dan hati itam ko tu
KEDAI SEWA.. bkn beli lot.. jnji rezeki halal.. semoga urusan awk dipermudahkan.. bkn sng jd ibu tunggal
Alhamdulillah…slalu singgah balik keja, nak beli tapi asyik habis cempedaknya. Dpt sekali je beli merasa….hehe
JAMU? WHITENING? NAK KURUS? NOOOO. JANGAN MAKAN SUPPLEMENT. SELAMATKAN BUAH PINGGANG KITA YG TAK BOLEH DIBELI DIKEDAI HARDWARE. JANGAN NANTI DAH KENA BARU MENYESAL. ANDA KENA INGT, SUPLLEMENT JUGA BOLEH EFFECT DARI SEGI LAIN. BUKAN BUAH PINGGANG SAHAJA. KESIAN PADA ANAK2 KECIK2 DAH JADI ANAK YATIM SEBAB MAK BAPAK TELAN SUPPLEMENT BERBOTOL2 LEPASTU SAKIT BUAH PINGGANG ATAU LAIN2 SAKIT. AJAL MAUT MEMANG URUSAN ALLAH TP ANDA KENA INGAT… ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN !!
baguslah x pyh jual benda2 merepek skin care lah, pencuci faraj lah, jamu lah.. pookie berlendir gi jumpa doktor la sayang. Bukan jumpa retis diaorg pun beli timbang kilo korng yg boddow!
Alhamdulillah . Semoga kekal murah rezki.
Bagus dan terpuji cara Dayah cari rezki. Jgn terikut ikut OKB yg sanggup rendahkan martabat diri hanya utk bergelar jutawan.
So sweet dayah. Jual cempedak cara straight forward.
X perlu gntung spender mahupun baju nenen di ampaian ataupun memberi nuansa umpama menang dlm pertarungan di badai ombak.
Ikhlas dan berkat. Itu yg kami onion aunties sanggup beratur beli cempedakmu.
Alhamdulillah…go go Hidayah..
Yg mana satu hidayah, yg tudung pink me hitam?
Yg tudung pink pegang cempedak tu la hidayah .
bgus dayah ramai org syg.. semoga perniagaan anda maju..