Hidayah Syukur Tuntutan Faraid Selesai, Ibu Mentua Tetap Dapat Bahagian
Segalanya sudah selesai, balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini berhubung tuntutan faraid yang difailkannya pada 15 Julai lalu.
Hidayah berkata, mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak melibatkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan arwah suaminya.
BACA: Hidayah Tak Saman Ibu Mentua, Tapi Ibu Mentua Saman Hidayah Dahulu
“Alhamdulillah, selesai urusan faraid. Pihak sana pun akan dapat bahagian mengikut hukum syarak. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Selepas ini doakan saja yang terbaik buat saya dan anak.
“Walaupun pihak sana tak hadir, tapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab bahagian sudah dibahagikan. Apa saja yang ditinggalkan arwah seperti rumah, kereta, semua wang, jam tangan, kasut, kamera, telefon bimbit dan barang lain difaraidkan,” katanya.
Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai soal berapa banyak wang peninggalan arwah, Hidayah enggan mendedahkannya. Dalam pada itu, Hidayah menafikan dakwaan kereta mewah milik arwah suaminya ditarik pihak bank.
“Keputusan untuk berpindah ke rumah itu pun, tak tahu lagi. Tunggu urusan faraid ini diselesaikan. Nak dapatkan kereta semula pun, insya Allah.
“Kereta kena tarik tak benar. Kereta masih ada, tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga,” katanya.
Berkenaan dakwaan Ali Puteh mengenai wang RM10,000 dikeluarkan dari akaun arwah, Hidayah enggan mengulas lanjut sama ada ia akan dipulangkan semula atau difaraidkan, bagaimanapun dia tidak menggunakan satu sen duit berkenaan.
“Apa saya boleh katakan, RM10,000 memang saya ambil, tapi saya masukkan dalam akaun bank anak. Tak guna satu sen pun,” katanya.
Sementara itu, Hidayah berkata, mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober depan mengenai tuntuhan hadanah. Ia berikutan kegagalan pihak ibu mentuanya, Sabariah Arshad hadir ke mahkamah.
- SUMBER
- Harian Metro
Ali putih hati hitam
Sebenarnya Ali Puteh yang nak harta tu. Bangang ko Ali. Padan muka akhirnya terbongkar niat ko. Nasib baik anak Abam tu lelaki. Kalau perempuan, maka kayalah Ali Puteh hati hitam legam.
Semoga hidup Hidayah dan anak baik2 shj selepas ini. Harap jauhkanlah si Ali Puteh yg hitam hatinya itu.
Alhamdulillah..selesai satu perkara
Kenapa Ali puteh dan maknya tak hadir? Selalunya orang bersalah je yang liat untuk hadir ke Mahkamah…Tak tau nak sorok muka kemaluannya kat mana le tu.
untuk isteri isteri yg kat luar sana, suruh le laki ko tu buat wasiat dan hibah sebelum mampus sebab banyak sangat spesis ali hitam ni
x dtg pulak …
yeah!justice for hidayah and son, both the rightful beneficiary of arwah’s estate! alhamdulillah.
kenapa jam tgn dgn kasut nk kena faraid? tak boleh ke berlapang dada dgn bg je jam tu kt balu? poyo la kau Ali, ckp kereta kena tarik. baru vellfire wei, belum mercedez sport lg dh gelap hati. siap perli dayah tak mampu byr. mn penyokong Ali ni? dh dm minta maaf kt dayah personally ke?
haha mne yg lelaki2 yg sibuk backup ali..ckp dayah gle duit.. baik korang p mintak maaf depan2 dayah.. malu la tuuuuuu
“Apa saja yang ditinggalkan arwah seperti rumah, kereta, semua wang, jam tangan, kasut, kamera, telefon bimbit dan barang lain difaraidkan”
Heartless !!! Why ????
Mula mula Ali hitam kata kereta vellfire dia ambik sbb kalau bagi lat Dayah, Dayah tak mampu bayar…lepas tu Ali hitam kata kereta vellfire kena tarik….tiba tiba Dayah kata kereta tak kena tarik pulak…
Woooiii Ali, menipu aja kerja kau dan mak kau ye…dah la hitam, ko kata putih…patutlah la ko dan mak ko tak berani turun mahkamah…banyak lagi penipuan ko akan terdedah…. dimahkamah.
Haprak punya keturunan kau Ali…mak ko yg dah tua tu pun tak reti nak bagi nasihat yg baik baik kat ko ye…Selamat mereput la kau Ali hitam.
Mulakan serangan tentera2 bawang sekelian.
Ayuhhhh..rapatkan barisan !!!
KANTOI ALI….VELLFIRE ADA LAGI RUPA NYA???????!!!!
alhamdullillah
Alhamdulillah..Moga Hidayah Dan Anak hidup bahagian dan aman selepas ini….kikikiki Ali putih….keluar lee sttmntt…rindu lakkkk
Alhamdulilah selesai juga..semuga kedua pihak berlapang dada menerima keputusan mahkamah. Semuga silalturahim kedua ipar duai mertua berterusan hingga kesyurga..
Tak payah awak menyindir2… Kalau sbnrnya awak tak duduk dikerusi keluarga mereka…
Cari Velfire tu cepatttt….propa atau betul lelong?
Alhamdulillah.. terbela nasib hidayah & anak. pihak yg sebelah sana tu jangan ganggu lagi kehidupan diorg. pulangkan hak mereka.
Dahsyat komen2 kat atas. Lupa tujuan asal wujud kt bumi kot. Tak payah la hukum org, salah ke betul, Allah je yg tahu, tu kerja Allah.
Alhamdulillah, dah selesai faraid, dah dapat bahagian masing2. Seeloknya berbaik2 la, hubungan menantu dan mertua takkan putus sampai bila2. Duduk sama2 sebumbung mertua, cucu dan menantu. Buang yg keruh, amik yg jernih.
Kan bagus kalau dari mula guna cara faraid..xde la mengundang fitnah, umpatan, cacian, kejian natizen..x pasal2 Kita semua dapat dosa!
Ni baru peringkat pertama dayah…ada byk lagi beribu step nak kena tempuh..sblum semua harta dpt diberi ikut faraid dpt merasa. Cth kalau kereta dibeli arwah (arwah yg guna) tapi telah diberikan hibah semasa hidup pada ibu dan pemilik diletakkan nama ibunya…maka harta tu tidak boleh lah difaraidkan. Harta arwah kena ada bukti cth nama arwah kat geran) dsb. Sekian.
Semoga Ali mendapat Hidayah
Hahaaaahaaaa..ehh boleh kew
Dasar x malu ali puteh seluruh keluarga dapat malu krn tamak…..Allah maha Adil di saat hidayah dlm teraniaya Allah bantu dia dan anaknya Ali tu tamak x pasal2 mak ali pun buruk jgn terlampau lapar reta peninggalan arwah bilamana si mati tu ada anak bininya lain kalo dia bujang mmg lumrah manusia ni tamak haloba last2 malu ko mendapat puteh
Gold-digger Mula beraksi
Syok tuh byk harta dpt…tak lama jd artis pompuan ni. Media suka sgt
Sebok betul netizen dengan kereta diorang tu. Tak perlu ambil tahu pun.
mak mertua yg takut xdpt bahagian ye. kalau dpt pun mak:k bkn utk makcik pakai melancong, tp kena tanya cucu yatim tu apa dia perlu. belikan baju ke, sok dia nak sekolah tlg bayarkan duit sekolahnya, gitulah ye makcik
TAKUT SANGATLA SI DAYAH NI KAWIN LAIN PASTU HARTA JATUH KAT TANGAN LAKI BARU DAYAH.MELEIS TYPICAL
Damai kan, bukan tambah kan minyak. Kan dulu arwah kata Hidayah pilihan ibu, mesti lah kedua2 nye dengar arwah pon hormat menghormati. Air di cincang tak kan putus…biasa lah perselisihan….rapat kan dan berkati lah keluarga arwah emak, adik2 yg dia sayangi sertu balu dan anak dia. Kesian semua.