Dikurniakan rezeki cahaya mata ketiga, Adira memberitahu beliau sebenarnya tidak mengetahui kehadiran bayi berkenaan yang sudah berusia lima bulan sehinggalah membuat pemeriksaan kesihatan baru-baru ini.
BACA: Adira Suhaimi Dakwa Suami Bawa Lari Anak?
“Sejujurnya saya tidak mengetahui yang saya sedang hamil. Alahan tiada, perut pun leper sahaja. Sehinggalah kandungan memasuki lima bukan, itupun selepas saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan”
Bagaimanapun Adira tidak kisah mengenai jantina bayi ketiga mereka kerana sudah mempunyai sepasang cahaya mata, lelaki dan perempuan. Malah Adira juga memberitahu, beliau memang gemarkan anak ramai!
“Bila doktor tekan baru tahu ada baby. Jantina anak saya tak scan lagi. Biarlah ianya menjadi kejutan buat semua. Saya tidak kisah soal jantina kerana sudah ada Anggerik dan Assan,” jelasnya.
Tahniah diucapkan kepada Adira dan suami yang bakal menimang cahaya mata ketiga pula kali ini. Semoga segala perjalanan mengandung bayi berjalan dengan lancar, apa lagi di bulan Ramadhan ini. (rtky/w)