fbpx

Adira Suhaimi Dakwa Suami Bawa Lari Anak?

Sabtu lalu, Adira Suhaimi dikejutkan dengan khabar menyedihkan dimana bapanya meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalaman. Bagaimanapun timbul isu ketika Adira pulang ke Sabah untuk menghadiri pengebumian arwah bapanya.

Menerusi Instagram, Adira meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendapat tahu anaknya di bawa ke tempat lain tanpa kebenarannya. Ujarnya lagi disebabkan itu dia tergesa-gesa pulang ke Kuala Lumpur.

BACA: Suami Minta Padam Babak Adira Sentuh Lelaki Lain

Tidak menyebut nama individu yang berbuat demikian, namun rata-rata netizen berpendapat status itu seolah ditujukan kepada suaminya, Datuk Red.

Bagaimanapun, Datuk Red menjelaskan dia tidak membawa lari anak mereka sebaliknya membawa mereka bertemu adik-beradik iaitu anak isteri pertama. Ujarnya lagi, sebagai bapa tiada salahnya dia berbuat demikian.

“Adira balik kampung kerana ayah dia yang juga bapa mertua saya meninggal dunia, saya tidak dapat ikut berikutan ada hal kerja yang tidak dapat dielakkan. Ya, saya bawa anak-anak keluar makan, beli baju dan bawa berjumpa dengan adik-beradik yang lain,” katanya kepad mStar Online.

Dalam pada itu, Datuk Red memberitahu ada pihak cuba melaga-lagakan mereka suami isteri namun usaha itu gagal kerana Adira kini sedang hamil anak ketiga mereka.

 

“Ada yang tidak senang dan mahu kami berpisah tapi dia gagal kerana Adira kini hamil empat bulan. Insya-Allah bulan lapan akan lahir anak kesepuluh saya,” ujarnya.

Inilah yang dikatakan lumrah dalam berumah tangga dan bukan semua orang suka melihat kebahagiaan yang kita kecapi. Apa pun tahniah buat Adira dan Datuk Red yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.