“Lillahi Taala, Yasin Sulaiman Antara Manusia Paling Baik Pernah Saya Jumpa”
Umum mengetahui, penyanyi Yasin Sulaiman kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya 24 Mac lalu.
Memetik Kosmo, penyanyi Faizal Tahir menyifatkan Yasin antara manusia yang paling baik pernah dikenalinya dalam hidup.
BACA: “Tak Wajar Kita Terus Menjenayahkan Kanabis” – Yasin Sulaiman
Menurut Faizal lagi, Yasin banyak mengubah hidupnya ke arah lebih baik. Malah, suatu masa dahulu, dia sering berkunjung ke rumah Yasin.
“Saya tidak berada dalam posisi untuk cerita apa yang betul, apa yang salah. Saya tak layak. Tapi, apa yang saya boleh katakan, Yasin adalah antara manusia yang paling banyak mengubah hidup saya sebenarnya.
“Dahulu, saya duduk satu blok dengan dia. Selalu pergi rumah dia main permainan video (game) sampailah saya berpindah ke rumah lain. Selepas itu, memang susah nak jumpa dia.
“Kalaulah saya boleh senaraikan antara orang yang banyak mengubah hidup saya menjadi lebih baik, insya-Allah, Yasin Sulaiman memang akan berada pada kedudukan teratas.
“Saya banyak belajar tentang al-Quran, tadabbur dan hal yang berkaitan dengan kehidupan. Apa yang boleh saya katakan, dia merupakan antara manusia yang banyak mengubah saya ke arah kebaikan,” katanya.
Sedih di atas apa yang menimpa sahabat baiknya itu, Faizal berkata beberapa hari sebelum Yasin dia ditangkap, dia bercadang untuk bertemu dengan penyanyi itu selepas lebih setahun tidak berjumpa.
“Beberapa hari sebelum dia ditahan, saya memang berniat nak jumpa dengan dia. Sebab sudah hampir setahun lebih tidak bersua muka. Malangnya, hasrat hati saya tidak kesampaian.
“Bila dah jadi begini, sebagai kawan mesti saya sedih sebab mungkin dia ambil benda terlarang, yang tak bagus tapi dia tak kacau orang pun.
“Dia tak pernah buat salah kepada orang. Yasin yang saya kenal, Lillahi Taala, antara manusia paling baik pernah saya jumpa dalam hidup,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Faizal turut menyifatkan hukuman yang diberikan kepada Yasin dirasakan tidak masuk akal dan mengarut kerana perlu lihat pada latar belakang seseorang dan mengapa individu itu berbuat demikian.
“Salah tak salah, itu memang terpulang kepada undang-undang. Tapi, kalau saya boleh kata, hukuman yang bakal diterimanya, bagi saya, tak masuk akal dan mengarut.
“Kalau kita nak buat apa-apa pun, biarlah kita tengok latar belakang seseorang itu, kenapa dia buat benda berkenaan dan apa impak dia buat kepada orang lain.
“Saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang jadi baik sebab dia (Yasin), tapi ramai orang lain pun sama,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
X payah kelirukan minda kita dgn apa yg dia dah buat. Xde sapa pertikai kebaikkan dia tp perbuatan dia tanam ganja dlm rumah dia tu adalah salah dari segi undang2. Kita kena tngk fakta kes, waima Ebit Lew tu bnyk derma dan bantu org susah sekalipun tp jika dia terbukti lakukan serangan seksual kpd mangsa maka dia tetap wajib dihukum! Jgn kerana mrk2 ini org baik dan bnyk tolong org mrk terlepas dari jenayah yg mrk buat!!!!
Poyo laa retis2 ni semua bias bila melibatkan kwn2 mrk. Kalau berlaku kt org awam ko x amik pot pun! Kalau mcm ni laa sistem undang2 dan mahkamah kita berfungsi asyik nk pilih bulu dan bias pd kmpln tertentu maka keadilan tak dpt dilaksanakan sbb org bnyk duit, berpengaruh boleh lps bebas dari undang2!!
Anak Vincent Tan tanam 50 pokok ganja, lagi besar dan subur…relak je, tak kena gari dan tak kena sumbat kat Sg Buloh pun….sbb dia anak kepada VT.Sekian…
Wow…manusia paling baik yg dia pernah jumpa ialah penanam ganja yg langgar undang2.
Tak tau la manusia lain tu cam mana…rendah sgt standard tu.
Jenayah tetap jenayah, lebai macam mana pun kalau sabit kesalahan, ke tali gantung juge
Contoh dah ada mcm kes anak Vincent Tan dll kalo lawyer power dan boleh kawtim boleh jer buang kes. Undang2 mahkamah manusia mmg boleh dibeli dan di manipulasi pun!
depan kau je faizal dia baik… belakang kau.. haa cam kau nampak sekarang ni la.. dah dah lah tu..
Kalau lebai mati kena gantung masuk syurga ke? Kalau ada ustaz di luar sana tolong bagi pencerahan
aku rasa aku percaya cakap faizal. buat mangkok2 ayun yg tak reti bahasa kat atas tu, korang ni masih hingusan. jgn sembang hebat sgt. yasin buat salah, yes, tanam ganja, tp ada alasan wlwpun org ambil mudah, dan dia tak pernah kacau org pun. dia bukan buat maksiat, jauh lagi mencari pasal dgn org. aku rasa faizal seorg yg menghargai persahabatan. ye, yasin salah, tanam ganja. tp utk ubat diri sendiri dan bukan utk org lain. aku doakan agar kes yasin diadili sebaik mungkin .. thanks faizal kerana berani bercakap benar….
Jantan ni confirm kaki stim dam kan. Kalo semua org isap dam bg alasan sbb nk ubat diri baik dok Mexico jek laa… Kartel2 dadah lg berkuasa dari krjn! Askar diorg lg canggih sampai terpaksa mintak tolong US baru boleh tngkp! Itu yg ko nk jd kt Msia???
Nak ubat diri sendiri kalau guna ubat betul xpe ni ganja yg terang2 salah di sisi undang2 negara. Matlamat x menghalalkan cara. Kalau ada kebenaran doktor pakar xpe juga ni sendiri yg pandai2 buat keputusan lps tu dah kantoi nk main sentimen simpati, kena hormat dia sbg org baik2, penyanyi nasyid?! Pundek!!!