“Tak Wajar Kita Terus Menjenayahkan Kanabis” – Yasin Sulaiman
Umum mengetahui, penyanyi Yasin Sulaiman kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya 24 Mac lalu.
Terbaru, Yasin memberitahu dirinya berada dalam keadaan sihat serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya.
BACA: ‘Bebaskan Aku’, Yasin Sulaiman Tulis Lagu Di Penjara Sungai Buloh
Ditemui media sebaik sahaja keluar daripada Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, Yasin sempat mengatakan adalah penggunaan kanabis tidak wajar dilihat sebagai satu jenayah di negara ini.
Dalam pada itu, penyanyi nasyid itu juga berharap kerajaan dapat mengeluarkan kanabis daripada senarai narkotik sebagaimana yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Harap kerajaan Malaysia akan keluarkan kanabis daripada senarai narkotik sebagaimana yang dilakukan oleh WHO.
“Saya rasa tak wajar kita terus menjenayahkan kanabis kerana kanabis adalah untuk tujuan rawatan dan perubatan, bukan dadah senata-mata,” katanya.
Berkongsi lanjut, peguam yang mewakili Yasin iaitu Mohd Yusmadi Mohd Yusuff berkata anak guamnya hanya mendapat rawatan biasa sahaja serta telah pun membuat permohonan agar Yasin dirujuk kepada pakar.
“Saya bercakap dengan Yassin, dia memberitahu dia hanya mendapat rawatan biasa dan kami meminta satu rawatan pakar. Dalam permohonan tersebut kami merujuk kepada HUKM.
“Apa yang dihidapi oleh Yasin ini bukanlah sakit biasa. Dan saya rasa sangat wajar perubatan yang sebaiknya diberikan,” katanya.
Terdahulu, keluarga Yasin memaklumkan pihak mereka dan peguam sedang mencuba untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk penyanyi dan komposer itu yang menghidap bipolar serius sejak 2009.
- SUMBER
- Oh Bulan
Untung ko kena tngkp kt Msia laa kalo kena kt Spore mmg xde citer bnyk dia gantung jek ko!
Lebai tak lebai, jenayah tetap jenayah…ni undang undang Malaysia. Walaupun penunggang agama ke atau lebai ke, kalau sabut kesalahan, maka ke tali gantung. Imej Islamik tak semestinye dapat keistimewaan
Dh kt dalam diam2 sudah. Ni nak jadi duta kanabis ke.
jahanam negara kalau ikut ckp kau, lalok je la orang..
Gua paham pasal kanabis untuk kegunaan perubatan….tapi yang lanciau gua tak paham apa pasal hang pi tanam 17 pokok? Nie dah nak jadi distributor lah wei……..
senyum terus dia ………………… kalau ke tali gantung pun akan senyum terus redha
Lepas Msia ni tunggang langgang dek kerana dadah.. Baru kita nak terngadah…. Pelik. Pelik.. Asal retis je mesti nak kena trima ke kebodohan ya.. Kannabis a.k.a Kan Abis. Dadah ni utk perbuatan mesti ada control bukan suka hati ko tanam tepi longkang.