Kenyataan jujur, sang penulis entri ini sendiri belum pergi menonton filem Libas kerana belum ada masa.

Namun pendapat dalam artikel ini di’bantu oleh pembantu editor kami yang baru sahaja bangun tidur akibat letih headbanging di konsert Westlife malam tadi.


Beliau yang mengikuti tayangan awal Libas kepada pihak media beberapa minggu yang lalu berkata filem ini sebenarnya sebuah filem yang cukup bagus untuk di’tonton.

Menurut pendapat beliau, jalan cerita Libas jauh lebih menarik dari sebuah filem pesaing yang menampilkan gangster poligami. Tetapi, jangan pertikai CGI yang di’gunakan.

Laporan Berita Harian hari ini mengatakan yang selepas seminggu tayangan, Libas hanya berjaya mengaut RM900,000 yang merupakan angka agak rendah dalam era baru filem Malaysia hari ini.

Kos pembikinan Libas menurut pengarah filem ini, Jurey Latiff Rosli membabitkan RM2 juta dan itu termasuk kos promosi & pemasaran yang di’lakukan kemudian.


Beliau juga sebenarnya agak keliru dengan kutipan yang rendah itu sedangkan menerima maklum balas yang positif tentang jalan cerita & teknik janaan imej komputer (CGI) yang mereka gunakan.

Libas terpaksa bersaing dengan Bini-Biniku Gansgster yang khabarnya sambutan begitu bagus dan selepas seminggu tayangan, Libas terpaksa bersaing dengan Al-Hijab yang kini sudah mula ditayangkan.”

Libas akan berada di’pawagam seluruh negara untuk tempoh seminggu lagi menurut peraturan wajib tayang dan bawa diri anda ke pawagam untuk tonton filem ini sebelum terlambat.