fbpx

Leya Hot FM Hamil Tiga Bulan, Mengidam Burger

Penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih dikenali dengan nama komersilnya Leya, yang kita telah sedia maklum telah berkahwin buat kali kedua pada awal tahun ini, telah pun mengandung 3 bulan hasil perkahwinan barunya ini.

Dia yang sentiasa kelihatan ceria memberitahu bahawa sepanjang proses kehamilannya itu dia tidak mengalami apa-apa masalah kompilasi malah dia hanya mahu makan burger sahaja di awal-awal kehamilannnya itu.

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali dan teruja untuk mendapat zuriat yang seterusnya dan usia kandungan sudah masuk 3 bulan dan tiada masalah langsung sepanjang proses kehamilan ini dan ianya sama seperti mana saya melahirkan anak kembar saya itu. Cuma saya mengidam makan burger,”ujarnya sambil ketawa.

Leya juga turut memberitahu bahawa rutin hariannya adalah sama & tidak ada apa yang bezanya meskipun dia kini berbadan dua. Katanya kewajipannya sebagai seorang tetap dilaksanakan walaupun dia seorang wanita yang berkerjaya.

“Suami saya memang teruja & dia tak sabar untuk menantikan saat kelahiran bayi ini. Begitu juga anak kembar saya itu. Tidak ada beza sama sahaja layanan suami terhadap saya. Saya bagaikan seorang puteri di rumah itu”

”Sesibuk mana pun saya bekerja, saya tetap memasak untuk keluarga, melainkan saya benar-benar tidak sempat barulah saya akan membeli makanan dan kami makan bersama,” katanya.

Leya dan suami tidak kisah mengenai jantina bakal bayi mereka ini, tetapi mahukan bayi mereka ini sihat dan cergas.

“Saya dan suami tidak kisah mengenai jantina untuk bayi ini, tetapi kami mahukan bayi itu sihat dan cergas,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)