fbpx

Levi’s® Lancar Revel, Revolusi Pemakaian Jeans Untuk Wanita Hari Ini

Bermula dengan langkah berani pada tahun 1934, Jenama Levi’s® mengambil risiko merubah trend fesyen buat wanita dengan kemunculan jeans pertama untuk wanita iaitu, Lady Levi’s®.

Selepas kejayaan besar tahun 2010 dengan rekaan Levi’s® Curve ID, tahun 2013 sekali lagi bakal menyaksikan kejayaan Levi’s® dengan jenama sempurna mengikut bentuk badan, Levi’s® Revel.

Jeans Levi’s® Revel menawarkan teknologi pembentuk yang bakal dipaten, fabrik denim, berkualiti tinggi dan perincian inovatif. Rekaannya dicipta bagi menghasilkan reka bentuk dalaman idaman para wanita moden hari ini.

#03 Levi’s Lancar Revel, Revolusi Pemakaian Jeans Untuk Wanita Hari Ini - ROTIKAYA

Jeans Levi’s® Revel direka menggunakan teknologi Liquid Shaping ekslusif yang disalurkan ke dalam fabrik denim melalui teknik rekabentuk percetakan skrin. Keistimewaan jeans Levi’s® Revel terkandung dalam anjalan cecair yang melekap pada tubuh badan dan memberi keselesaan maksimum pada si pemakai wanita.

Jeans Levi’s® Revel mempunyai regangan ciri empat hala yang mampu menonjolkan bentuk badan wanita selain menjadikan tubuh badan kelihatan lebih anjal dari sebenar. Daya ingatan unggul pada jeans turut membantu mengekalkan bentuk jeans dan bentuk tubuh pemakai.

#01 Levi’s Lancar Revel, Revolusi Pemakaian Jeans Untuk Wanita Hari Ini - ROTIKAYA

Melalui suai padan jenama sebelum ini, Levi’®s Curve ID, jeans Levi’s® Revel menawarkan suai padanan lengkung khusus serta perincian reka bentuk bagi menyerlahkan susuk tubuh wanita terutama bahagian pinggul.

Dengan pemilihan identiti jeans yang sesuai, Slight, Demi dan Bold Curve, jeans Levi’s® Revel seolah olah sepasang jeans ditempah khas untuk setiap wanita. Kemasan berkontur, kelim memanjang, dan tampalan kocek bersesuaian bagi menyerlahkan penampilan si pemakai.

Terdapat pelbagai jenis kemasan, warna dan tona dalam potongan kurus dan lurus untuk kepelbagaian jeans Levi’s® Revel bagi wanita dipelusuk dunia.

#04 Levi’s Lancar Revel, Revolusi Pemakaian Jeans Untuk Wanita Hari Ini - ROTIKAYA

Dijual pada harga RM299, koleksi jeans Levi’s® Revel boleh didapati di Levi’s® Stores terpilih seluruh negara bermula 20 September ini. Maklumat lanjut di www.levi.com.my/revel.

Levi’s® Revel Roadshow!

Untum memberikan anda peluang melihat teknologi terkini dalam koleksi jeans Levi’s® Revel, jenama jeans terkenal ini akan menjelajah seluruh Malaysia dalam satu roadshow khas bermula 4 Oktober sehingga 17 November ini.

Berikut merupakan jadual jelajah jeans Levi’s® Revel di seluruh negara;

4 – 6 October 2013 @ Sunway Pyramid
18 – 20 October 2013 @ Spring Mall Kuching
23 – 27 October 2013 @ Mid Valley Megamall
1 – 3 November 2013 @ Suria KK
13 – 17 November 2013 @ JB City Square

Jangan ketinggalan untuk turut serta untuk mencuba sendiri keunikan jeans Levi’s® Revel di tempat anda. Ikuti Levi’s® di Facebook (http://facebook.com/Levis) dan di Twitter (@levisMY) untuk maklumat terkini. Juga layari laman rasmi mereka di www.levi.com.my/revel.