Korang, macam mana sambutan Hari Kebangsaan tempoh hari? Meriah dan seronok kan?

Dengan lautan Jalur Gemilang, pelbagai kontinjen berarak, persembahan yang menghiburkan serta sorakan penonton yang memenuhi suasana, memang terasa betul semangat Merdeka!

Tapi dalam kemeriahan sambutan Hari Merdeka kali ini, ada satu lagi ‘peserta’ yang turut mencuri perhatian ramai.

Kalau Ahad lalu, 30 Ogos, netizen dah kecoh tengok robot humanoid HONOR turun berlari 10KM di Malaysia Marathon 2026, tak sangka pula keesokan harinya robot yang sama muncul lagi – kali ini di Perbarisan Sambutan Hari Merdeka.

Macam tak bagi chance langsung untuk kita move on!

Buat pertama kali, HONOR menyertai perbarisan sambutan Hari Merdeka di Malaysia dan kemunculan robot humanoid mereka di hadapan kira-kira 100,000 penonton memang antara perkara yang mencuri tumpuan.

Menariknya, kemunculan ini bukan sekadar robot datang jalan-jalan.

Selepas berjaya melengkapkan larian 10KM di jalan raya awam pada Malaysia Marathon 2026, robot humanoid HONOR sekali lagi mencipta sejarah apabila tampil menyertai perbarisan Hari Merdeka.

Malah, robot berkenaan turut menerima pengiktirafan Asia Record dan ASEAN Record sebagai robot humanoid pertama yang berjaya melengkapkan larian 10KM di jalan raya awam dan kemudiannya turut serta dalam perbarisan sambutan Hari Merdeka.

Tapi itu bukan kejutan paling menarik hari ini.

Sepanjang perbarisan, netizen mula perasan sesuatu yang lain.

Robot tersebut rupanya dipakaikan dengan sebuah peranti HONOR berwarna ungu yang nampak macam telefon pintar.

Masalahnya, telefon tersebut belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia lagi.

Haaa, terus ramai mula tertanya-tanya…

“Telefon apa tu?”

Rupanya itulah HONOR X9e Pro yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia.

Bagi yang memang familiar dengan siri HONOR X, korang mesti tahu siri ini memang antara pilihan ramai pengguna Malaysia dalam kategori telefon pintar bajet pertengahan.

HONOR sendiri menyifatkan siri X sebagai antara ‘telefon pilihan rakyat’ dan model baharu ini bakal meneruskan kekuatan yang sudah sinonim dengan siri tersebut, termasuk aspek ketahanan serta jangka hayat bateri yang panjang, dengan beberapa penambahbaikan baharu.

Yang menariknya, Malaysia dipilih sebagai destinasi antarabangsa pertama untuk kemunculan robot humanoid HONOR selepas keluar dari China.

Daripada lari marathon pada 30 Ogos, hari berikutnya muncul pula di tengah-tengah kemeriahan perbarisan Hari Merdeka – siap jadi ‘model’ untuk telefon misteri berwarna ungu lagi gais.

Nampaknya HONOR memang pilih cara yang agak lain untuk bagi hint tentang produk baharu mereka.

Jadi sekarang persoalannya…

Siapa dah berkenan dengan warna ungu HONOR X9e Pro ni?

Tunggu je pelancaran rasminya tak lama lagi.

×