fbpx

Selepas tular video di TikTok mencari kerja, rezeki Datuk Red mencurah-curah apabila dipanggil menjadi model untuk baju raya jenama Jakel. Malah, turut diberi rezeki baju raya buat keluarganya.

Nampaknya selepas menjadi model baju raya, Datuk Red berkongsikan video terbaru apabila menerima kerja daripada jenama kampung perap popular. 

BACA: “Lepas Dua Minggu Kenal, Selamba Saya Ajak Adira Kahwin”

@dato..red

Alhamdulillah dan terima kasih atas peluang yang diberi oleh @pakmatwesterncafe . Satu lagi syarikat kebanggaan bumiputera. Diorang dah bantu beribu ekonomi rakyat Malaysia.

? original sound – MKM14 – MKM14

Menerusi video itu, Datuk Red dibawa ke ke lokasi perniagaan dan tempat jenama terbabit menyimpan stok kambing perap.

Datuk Red turut menulis kapsyen ringkas meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang oleh jenama tersebut untuk mencari pendapatan.

Perkongsian Datuk Red mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira dengan rezeki diperoleh suami Adira itu, malah kagum dengan Datuk Red yang tidak malu untuk bangkit selepas jatuh.

Dalam pada itu, ramai meninggalkan komen mengatakan bahawa Datuk Red pernah menghulurkan bantuan kepada mereka ketika berada dalam kesusahan sebelum ini,