fbpx

“Lepas Dua Minggu Kenal, Selamba Saya Ajak Adira Kahwin”

Hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, Datuk Red berkongsikan detik awal perkenalannya dengan isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi pada tahun 2015.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Datuk Red berkata dia berkenalan dengan Adira ketika dia mengusahakan syarikat berasaskan industri hiburan dan perfileman.

BACA: “Mana Mungkin Saya Nak Tinggalkan Dia Sebab Dah Muflis” – Datin Red

“Saya dulu buat syarikat berasaskan industri hiburan dan perfileman dan waktu itu dapat ‘job’ di Sarawak bernilai RM20,000 dan penganjur waktu itu minta untuk saya bawakan artis.

“Jadi para pekerja saya cadang untuk ambil Adira sebagai penyanyi jemputan tapi kami tak mampu dengan bajet itu sebab kami juga perlu bawa lagi beberapa artis. Bincang punya bincang jadi kami pun setuju untuk ‘offer’ kakak Adira iaitu Emma dan ‘event’ tu pun berjalan lancar.

“Bila balik ke semenanjung kami pun lepak dengan Emma di sebuah restoran mamak tapi Adira tak ada, jadi saya pun minta pekerja saya untuk pelawa Adira ‘join’ kami sekali,” katanya.

Menurut Datuk Red lagi, mereka berdua bertukar nombor telefon untuk mudah berurusan dan selepas kira-kira dua minggu berhubung, usahawan itu memberanikan diri mengajak Adira untuk berkahwin. 

“Saya muda masa itu, otak pula ‘gila-gila’ terus saya hantar satu mesej pada Adira, ‘You, kita kahwin jom?’. Selamba ja saya hantar mesej itu. Adira pun balas, ‘Eh you bukan ada isteri ke? Macam mana dengan isteri you?’. 

“Saya pun jujur kata yang saya ada isteri dan dia baru lepas bersalin. Selepas sehari dua macam itu, Adira balas mesej saya sekali lagi mengatakan dia setuju dengan lamaran saya,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red ada bertanyakan soalan mengapa Adira menerima lamarannya dan bersetuju untuk menjadi isteri kedua.

“Bila kami dah nak kahwin, saya tanya pada dia kenapa dia nak kahwin dengan saya? Adira jawab sepanjang dia berada dalam industri hiburan, dia sudah mengenali dengan ramai lelaki terutamanya lelaki yang dah kahwin.

“Adira kata, kebanyakkan orang yang dah kahwin bila tanya kenapa nak kahwin dengan dia, mereka mesti akan memburukkan isteri pertama hanya semata untuk memperisterikan dia. Lepas itu Adira cakap dia pilih dan terima saya sebab saya jujur tak macam itu,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan