fbpx

Hasrat untuk membina rumah tangga tidak kesampaian apabila Nonny Nadirah mengumumkan majlis perkahwinannya dengan pelakon Niezam Zaidi dibatalkan beberapa hari lalu.

Redha di atas apa yang berlaku dan menganggap sudah tiada jodoh antara mereka, Nonny menyifatkan pasti ada hikmah mengapa perkahwinannya itu dibatalkan.

BACA: Niezam Zaidi Nafi Status Janda Nonny Punca Batal Kahwin

“Ada hikmah kenapa perkahwinan ini dibatalkan. Allah nak tunjuk siapa diri kita sebenarnya terhadap pasangan. Terima kasih Allah.

“Saya anggap apa yang berlaku sudah tiada jodoh. Kalau nak paksa pun, bimbang nanti ia hanya memudaratkan. Takkan saya perlu melalui fasa perceraian sekali lagi. Jadi saya reda dengan ketentuan ini,” katanya.

Mengakui keputusan membatalkan perkahwinan itu sudah lama dibuat, Nonny berkata mungkin dirinya belum cukup baik dan mahu perbaiki diri sendiri terlebih dahulu.

“Sebenarnya, keputusan ini dibuat sudah lama. Cuma saya tidak mahu kongsikan. Apa boleh dikatakan, mungkin saya belum cukup baik. Jadi saya perlu perbaiki diri untuk menjadi pasangan yang lebih baik untuk pasangan saya.

“Apa yang penting buat masa sekarang saya nak gembirakan diri sendiri dan keluarga. Tak ada istilah serik, cuma apa yang dirasakan sekarang adalah solo lagi bagus,” katanya.

Dalam pada itu, Nonny berkata ibuanya mahu melihat dia bahagia dan tidak lagi bersedih. Malah, ibunya turut memberikan kata semangat untuk terus kehidupan seperti biasa.

“Kalau selepas becerai dulu saya memang meratap. Tapi untuk kali ini saya lebih tenang. Malah lebih gembira. Bagi saya Allah sudah atur segalanya. Apa yang penting kena sabar dengan ketentuan diberikan,” katanya.