Leona Tak Minat Mat Saleh, Lebih Tertarik Dengan Lelaki Melayu
Meskipun sering dianggap lebih cenderung untuk memilih teman lelaki dari kalangan jejaka Inggeris, selebriti media sosial Kasih Iris Leona tidak minat dengan lelaki mat saleh.
Memetik Kosmo, Leona berkata dia lebih tertarik untuk mencari lelaki dalam kalangan lelaki Asia terutamanya, Melayu.
BACA: Azhar Sulaiman Pening Leona Balik Malaysia Sebab Rindu Nak Pergi Bazar
“Orang mungkin anggap saya lebih tertarik dengan lelaki berkulit putih (mat saleh). Tetapi saya tidak minat langsung. Saya hanya akan bercinta dengan lelaki Asia terutamanya dari Malaysia termasuk jejaka Melayu,” katanya.
Menurut anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu, dia hanya boleh berkawan dengan lelaki mat saleh namun tidak untuk bercinta atau menjalin hubungan istimewa.
“Ada banyak sebab. Antaranya lelaki Asia lebih berbudi bahawa, bersopan santun dan baik. Untuk mencari teman lelaki, saya tidak memandang rupa mereka. Asalkan mereka baik dan tahu melayan saya sepatutnya, itu sudah memadai,” katanya.
Ditanya sama ada sudah bertemu pengganti selepas 8 bulan putus cinta, Leona kata dia masih single kerana tidak dibenarkan bercinta buat masa ini.
“Saya belum ada pengganti lagi sebab ibu saya tidak bagi saya jalinkan hubungan cinta buat masa sekarang. Tapi kalau siapa-siapa berminat, apa salahnya,” katanya.
- SUMBER
- kosmo
no leona. you should find someone handsome. kalo perempuan?wajib pilih rupa lelaki sbb ujung ujung yang rupa xmenawan tu lagi syaiton dr rupa menawan.hahahhaha. sorry
Takyah ler nak oi, lelaki melayu dah Ler Rupa huduh hidung kepek.. kontot bau busuk tengik, kote lebam kecik, pokai pulak Tu pemalas pengotor dan takguna haha baik kawin Bangladeshiuuu lg baik
Betul ada yg melayu pun mcm yg atas cakap dik…ni lagi ramai yg curang. Belum nikah bulan bintang, dah nikah lum tua dah cari species Jabba the Hutt…yg mat saleh pun ramai jugak yg budi bahasa. Yg penting kalau kau tunjuk dia baik, kenal Islam baiklah jadinya. Tapi kalau kau tunjuk dia kau masih clubbing lagi nak tegok air syaitan jangan harap lah…
alaaa belum tertemu memang lah sembang kari karipap… tak ape lah lona ikut selera ko lah mat salleh ke mat melayu ke asal ko bahagia & jantan tu bertanggungjawab, menyanagi dgn ikhlas & menghormati ko..
Kenapa ko nmpak semakin tua dik.