Azhar Sulaiman Pening Leona Balik Malaysia Sebab Rindu Nak Pergi Bazar
Umum mengetahui, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menyambung pengajian di United Kingdom, London.
Baru-baru ini, Azhar dilihat ada memuat naik video bahawa anak bongsunya itu kini berada di Malaysia untuk menyambut Ramadan bersama keluarga.
BACA: Azhar Sulaiman Tak Kisah Leona Hidup Bermadu
Apa yang menjadi perhatian, Azhar berkata dia sendiri tidak faham anaknya itu susah untuk ‘letak’ di UK dan senang-senang pulang ke Malaysia.
@theazharsulaiman Mek Leona is back at home! Bengong betul takleh lekat kat UK…
Turut kedengaran Leona berkata dia rindukan suasana berpuasa di Malaysia serta mahu ke bazar Ramadan menaiki motosikal.
“Saya nak pergi naik motor ke bazar Ramadan. Kena Naik Motor, saya tak nak naik kereta,” katanya.
Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut apabila Leona sudah berada di Malaysia sedangkan baru saja gadis itu berkongsikan gambar percutiannya di Icelang.
Malah, ada yang mengatakan Leona ulang alik dari UK ke Malaysia seperti Kuala Lumpur ke Johor sahaja. Malah, ada netizen mengatakan Leona punya balik Malaysia macam tiket bas sahaja.
Ala.. kan cuti 3 minggu uni kat UK sini. dia nak buat apa je cuti 3 minggu tak buat apa² kat UK? Mak pak ada duit, boleh balik hari, baliklah. Apa ada hal kan? Aku kalau ada duit pun nak jugak balik selalu. Tapi betul lah. rindu bazar ramadan siyut. Sini apa pun tarak.
Alaaa,kcoh la ank ko.kepoh je lbih.