fbpx

Lengkap Sepasang, Mawar Rashid Bakal Timang Anak Perempuan

Usia kandungan kedua kini sudah mencecah lapan bulan, pelakon Mawar Rashid mengumumkan bahawa dia dan suaminya, Raf Yaakob bakal menimang cahaya mata perempuan.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Mawar menerusi video di saluran YouTube miliknya sebentar tadi. Menerusi video itu, Mawar mengadakan majlis ‘gender reveal’ bersama ahli keluarga dan teman rapat.

BACA: Hamil Lapan Bulan, Mawar Rashid Mengidam Nak Renovate Rumah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Bakal menimang cahaya mata kedua dijangka pada Januari depan, Mawar turut mendoakan pasangan suami isteri yang masih menunggu zuriat dan rakannya yang belum bertemu jodoh agar diberikan rezeki yang iimpikan.

“Yang sedang menunggu, saya doakan agar dikurniakan zuriat dan yang belum kahwin saya doakan supaya kahwin cepat-cepat,” katanya.

Mawar dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 yang lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael.