Bakal menimang cahaya mata kedua dan usia kandungan kini mencecah lapan bulan, menerusi perkongsian di Instagram pelakon Mawar Rashid meluahkan hasratnya untuk mengubahsuai rumah.
Namun, apa yang menjadi perhatian Mawar berkata kebiasaannya wanita hamil akan mengidam makanan, namum keinginannya sangat berbeza dan lain daripada yang lain apabila mahu mengubahsuai rumah pula.
BACA: Serasi Dengan Mentua, Mawar Rashid Anggap Macam Ibu Sendiri
Menerusi perkongsian itu, Mawar turut bertanyakan kepada pengikutnya pasti ramai wanita hamil di luar sana mengidam perkara sama sepertinya.
Kata Mawar lagi, dia dalam proses untuk ubah suai rumah dan dijangka akan bermula selepas dia bersalin dan habis tempoh berpantang. Ujarnya lagi, dia akan berkongsikan perjalanan proses ubah suai rumah bersama peminat.