Umum mengetahui, pelakon Hafidz Roshdi sah bergelar suami kepada Athira Yuhada pada Sabtu lalu. Malah, Hafidz mendedahkan Athira merupakan cinta pertamanya.
Nampaknya, ada lelaki yang menjadikan perkahwinan pelakon itu sebagai inspirasi serta mengatakan dia bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Hafidz.
BACA: Kongsi Video Throwback, Hafidz Roshdi Buktikan Cinta Pada Athira
Menerusi TikTok Era, penyampai radio Radin, Azad dan Hawa Rizwana tergamam apabila seorang pemanggil menceritakan tentang kisah cinta pertamanya.
@era.je Memang cari nahas lah Jimmy ni. Dah tau awak tu dah kahwin tapi masih lagi tak boleh move on dengan first love. Sanggup dia cakap nak ceraikan wife dia sebab first love tu ada tempat paling special kat hati dia. #sharERA #3PAGIERA #fyp
Lelaki tersebut dikenali sebagai Jimmy mengatakan dia juga mempunyai kisah yang lebih kurang sama serta sokong dengan apa yang Hafidz lakukan.
“Hafidz Roshdi tu kan, saya sangat sangat setuju dengan apa yang dia buat tu. Dia kahwin buat video untuk first love dia (Athira). Saya pun dalam situasi lebih kurang begini,” katanya.
Menurut lelaki itu lagi, dia mengenali wanita itu sejak kecil namun apabila meningkat dewasa mereka ada kehidupan sendiri namun tahu bahawa masing-masing merupakan cinta pertama.
Lebih mengejutkan lelaki itu mendedahkan dia menduakan isterinya yang sudah dikahwini selama setahun lebih.
Diruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu serta bersimpati dengan isterinya. Malah, ramai mempersoalkan mengapa berkahwin dengan isteri jika belum move on daripada cinta pertama.