fbpx

Kongsi Video Throwback, Hafidz Roshdi Buktikan Cinta Pada Athira

Umum mengetahui, pelakon Hafidz Roshdi telah selamat bernikah untuk kali kedua bersama wanita bernama Athira Yuhada pada 16 Disember lalu.

Selepas dua hari mendirikan rumah tangga, Hafidz dilihat memuat naik video koleksi gambar momen bersama Athira yang dikenali sejak 14 tahun lalu.

BACA: “Mak Doa Bahagia Hingga Ke Jannah, Mak Sayang Dua-Dua” – Ibu Hafidz Roshdi

“Kami mula berkenalan tahun 2009 masa tingkatan 3. Sekejap sahaja masa berlalu. Sekarang sudah 2023, 14 tahun kami kenal, katanya.

Menerusi entri itu, Hafidz berkata hubungan rapat mereka terjalin sehinggalah masing-masing berumur 21 tahun.

Diakhir video itu, Hafidz turut memuat naik gambar terkini mereka berdua dimana cinta kembali bertaut pada tahun 2023.

Hafidz dan Athira sah bergelar suami isteri pada majlis yang berlangsung pada Glass House Event Spave, Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu.