fbpx

Lelaki Pecah Masuk Rumah Celine Dion, Siap Makan & Mandi Air Panas

Rumah Celine Dion di Montreal, Kanada di’laporkan telah di’masuki pencuri Isnin lalu.

Lebih menarik, menurut laporan polis, lelaki yang memecah masuk siap menyediakan dirinya makanan dari peti ais milik Celine Dion.

Dan, juga sedang bersiap untuk mandi air panas ketika serbuan di’lakukan ke atas rumah tersebut.

Polis membuat serbuan ke rumah Celine Dion itu selepas sistem penggera keselamatan berbunyi dan mendapati Daniel Bedard, 36 sedang menyiapkan diri untuk mandi.

Daniel Bedard juga tidak segan silu berkata kepada pihak polis yang tiba dengan unit anjing pengesan, “Hey, guys what are you doing here?” dan di’balas dengan tangkapan segera.

Celine Dion & suami Rene Angelil tidak berada di rumah Kanada ini ketika kejadian berlaku. Itulah nasib rumah sampingan yang kosong.