“Harap Suatu Hari Nanti Ada Hospital Sendiri”
Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, setiap rakyat Malaysia pasti akan mengenai pendakwah popular itu. Tidak kira di ceruk mana bantuan diperlukan, pasti ada kelibat Ustaz Ebit Lew dan istimewanya bantuan dihulur tanpa mengira bangsa dan agama.
Baru-baru ini, Ebit dilihat ada memuat naik satu posting berkongsikan tentang pembukaan cawangan pasar raya miliknya di Danau Kota. Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar urusannya dipermudahkan agar dapat membantu lebih ramai golongan memerlukan.
BACA: Solat Sunat, Menangis Cara Ebit Lew Tenangkan Hati Jika Dikecam Netizen
Dalam pada itu, personaliti televisyen Fedtri Yahya turut dilihat meninggalkan komen, berharap agar suatu hari nanti pendakwah itu dapat membuka hospital sendiri pula.
Sejak penularan COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun lalu, pendakwah bebas terkenal itu tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.
- SUMBER
- Ohmymedia
Harapkan ustaz ebit lew je yang dapat buat kebajikan kat orang susah. Ustaz lain tau nak buat orang susah je i.e. rogol orang, kodem artis, heboh tak pakai tudung, cerai bini cari ubang baru, rogol budak kat sekolah tahfiz,kek merry christmas la, daging tak halal, kacau kopitiam cina la..semua yang membuang masa dan menyusahkan umat. Nak harap hospital, sori la beb, apa yg diorang tau? Habih kuat jadi bomoh tipu orang