Malaysia mungkin jauh lagi perjalanan sebelum mampu terima pelakon utama sesebuah filem Hollywood untuk turun sendiri ke’sini untuk rangka promosi.

Resident Evil: Retribution yang bakal ke pawagam Malaysia 13 September ini menampilkan sekali lagi seperti filem sebelum ini Milla Jovovich, Michelle Rodriguez & Sienna Guillory.


Lee Bingbing yang pertama kali membintangi filem Hollywood ini di’berikan tugas membawa watak Ada Wong dalam filem arahan Paul W. S. Anderson ini.

Sebagai salah satu langkah promosi di Malaysia, Lee Bingbing akan muncul pada 7 September 2012 di Sunway Pyramid untuk tayangan perdana Resident Evil: Retribution.

Sony Pictures Malaysia mengesahkan hari ini yang acara akan bermula seawal jam 6.00 petang untuk sesi aktress ini bertemu peminat beliau di Malaysia.


Peminat yang hadir juga berpeluang untuk memenangi tiket wayang untuk menonton filem ini selain cenderahati khas filem kelima Resident Evil ini sepanjang acara berlangsung.