fbpx

Izreen Azminda Tak Sangka Suami Seorang Romantik

Sudah lama tidak menerima jambangan bunga dari orang tersayang, Izreen Azminda teruja apabila suaminya, Ude memberikan kejutan sejambak bunga kepadanya. Izreen tidak menyangka suaminya begitu romantik, sehinga terasa seperti heroin didalam drama!

BACA: Gambar Sekitar Bulan Madu Izreen & Ude Wahid

Menerusi Instagram, Izreen memuat naik gambar jambangan bunga ros, berserta kad ucapan yang terlampau ‘sweet’ dari suami. Katanya, selalunya beliau hanya memainkan watak didalam drama saja, tapi kini ianya menjadi kenyataan.

Tapi sehingga kini Izreen masih belum membuka ruangan komen di Instagram, jadi tidak dapatlah peminat tumpang gembira bersama. Terdahulu, pasangan ini sempat berbulan madu di Bali, setelah pelbagai onak dan ranjau ditempuhi.

Beruntung Izreen mempunyai suami yang bukan saja muda dan kacak tapi juga seorang yang sangat romantik! Betullah orang kata bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. (rtky/w)