fbpx

Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz mengakui sudah lebih 40 hari tidak berhubung dengan isterinya, Bella Astillah serta dua anak mereka, Ayden dan Ara.

Menerusi podcast bersama The Commonfolks, Aliff berkata dia mengakui takut untuk bercakap dengan Bella kerana tempoh sudah terlalu lama dan tidak tahu apa yang diperkatakan kepada isterinya itu.

BACA: Aliff Aziz Menangis, Mohon Maaf Kepada Bella Astillah

“Kali terakhir aku bercakap dengan Bella dan anak-anak rasanya mungkin 40 hari lepas. Nak kata communication tu for the past week memang zero communication. Tak dapat get through aku kena block dan sebagainya.

“Aku jadi takut untuk dengar suara Bella bercakap di telefon sebab entah aku tak tahu nak cakap, tapi benda tu menakutkan untuk aku. Bila aku dengar, benda tu akan buatkan mental aku terjejas,” katanya.

Sementara itu, Aliff berkata dia tidak lari daripada masalah namun keadaan sudah jadi huru hara sehingga dia tidak tahu bagaimana hendak mulakan dan apa yang mahu diperkatakan.