fbpx

Berat Elyana Makin Susut, Tinggal 35 Kg Sahaja

Pada Jun lalu, penyanyi Elyana meluahkan rasa syukur beratnya naik 7kg selepas menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya.

Namun, dalam perkongsian terbaru, Elyana memuat naik status kesihatan terkininya dimana berat badannya semakin menurun sehingga 35kg.

BACA: Elyana Mohon Doa Bakal Jalani Radioterapi Bahagian Hati, Pinggul

Menerusi satu entri dikongsikan di Instagram, Elyana seolah meluahkan rasa sakit apabila memuat naik video berkenaan dengan lagu Sepi dendangan Yuni Sahara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Sementara itu, dalam satu entri di Insta Story, Elyana seolah tidak dapat menahan rasa sakit namun terpaksa disembunyikan untuk keluarga tersayang.

“Sakit yang tak pernah surut, terbaring dalam bilik, sambil dengar suara anak. Kau nak, tapi tidak ada daya,” katanya.

Untuk rekod, Elyana menghidap kanser Limfoma tahap empat. Julai lalu, Elyana menjalani rawatan radioterapi pada bahagian hati dan pinggul bagi mengubati kanser dihadapinya sejak 10 tahun lalu.