Isteri kepada pelawak Mamat Sepah iaitu Nana berkata hatinya terusik apabila mendukung anak bongsu Shuib iaitu Akira sehingga lena dalam dakapannya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nana berkata lebih sebak apabila ada yang bertanyakan bilakah dia akan menimang cahaya mata.
BACA: Tawar Hati Selepas Ditahan, Isteri Mamat Sepah Nekad Berhenti Jadi Polis
“Hari ini hati agak terusik pegang dan dukung Akira sampai dia terlelap, buat aku rasa sebak lebih-lebih bila ada makhluk Allah yang bertanya “Akak bila lagi?” tulisnya.
Nana turut memohon agar berhenti bertanyakan mengenai zuriat kerana dia juga tiada jawapan untuk soalan berkenaan serta meminta mendoakan agar dia juga dikurniakan rezeki cahaya mata.
“Aku macam…soalan ape ni? Tolng jangan tanya aku soalan yang berat untuk aku jawab dan aku tak ada jawapan untuk soalan itu. Cukup korang doakan semoga suatu hari nanti saya akan diberi rezeki dapat baby yang comel dan sihat..Amin,” tulisnya.
Untuk rekod, Mamat dan Nana mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2020.