fbpx

Lebih Juicy, Sedap & Panas Burger Beef MCD Kali Ni Lebih ‘Menggoda’!

Bila sebut je burger McDonald’s, mesti anda dah terbayang keenakan patty dagingnya yang lembut dengan bun roti yang gebu tu kan? Nak pula ditambah dengan sos istimewa dorang dan sayur yang segar, fuh meleleh air liur weh!

Siapa je tak jatuh cinta dan obses dengan setiap gigitan burger daging mereka kan? Puas betul, rasa pun padu!

Acara #BeefPerfection McD!

Pada 12th Oktober, Kami dijemput ke acara #BeefPerfection itu untuk melihat apakah upgrade yang telah dibuat pada burger daging dorang.

Kitchen Tour

Dalam acara itu, kami dapat menyaksikan bagaimana burger daging disediakan semasa sesi lawatan dapur yang diatur oleh McDonald’s. Sangat kagum dengan lawatan dapur tentang cara McDonald’s staff menyediakan upgraded burger daging tu.

Sesi Tasting Is Believing pun ada diatur dalam acara itu, teruskan membaca dan kami akan menunjukkan kepada anda apakah perubahan yang telah dibuat pada burger daging upgraded dorang.

#TasteTheChange AR

Selain lawatan dapur, kami juga berpeluang mencuba AR mereka untuk melihat burger daging McDonald’s dalam versi AR berserta maklumat tentang perubahan baharu.

Selain itu, #BeefPerfection 360° Cam dan juga photobooth yang cantik dah disetup dalam acara tersebut.

#BeefPerfection 360° Cam

Tasting Is Believing!

Sebelum acara tamat, kami berpeluang untuk menyertai sesi Tasting Is Believing untuk mencuba apa perbezaan antara burger daging lama dan baru yang diperbaharui.

Double Cheeseburger

Roti burger kelihatan lebih berkilat serta dibakar dengan perang keemasan dan lebih lembut semasa makan! Fuh, bukan biasa-biasa dahni. Memang boleh nampak perbezaan antara yang lama dan juga baru.

Macam yang anda tahu lah, patty burger Daging klasik dari McDonald’s adalah 100 peratus daging dari Australia, New Zealand dan Brazil! Kini, dengan versi upgrade Burger daging, patty tu jadi lebih juicy dan patty digril daging bersama dengan bawang menjadikannya lebih enak.

Itu belum kami cerita bab keju dorang lagi. Keju cheddar McDonald’s pula diimport dari New Zealand tau. Anda boleh tengok sendiri nanti bagaimana tekstur keju ini apabila dimasak. Serius tak tahan tengok. Tekstur dia lebih cheesy dan lebih mudah cair! Pasti melting dengan suhu yang amat sempurna, so yummy lah.

Ada lagi gais! Dorang juga tambah lebih banyak sos Big Mac yang legend tu bagi memastikan ada rasa dalam setiap gigitan nanti! Padu bhai.

Jadi, no wonder lah lagi bertambah sedap. Ditambah pula dengan upgraded resepi dari McDonald’s ni, mak ai memang tak boleh nak cakap lebih, anda kena rasa sendiri dan tahu perbezaannya kat mana.

Double Cheeseburger Medium McValue Meal Dengan Hanya RM10.95!!!

Pada 15 Oktober ini, anda boleh menikmati Double Cheeseburger Medium McValue Meal, kegemaran anda pada harga RM10.95 sahaja! Sebab McDonald’s nak mencipta Malaysia Book of Record untuk “Beef burgers dijual terbanyak dalam masa 24 jam”.

Promosi ni hanya mula dari 15 Oktober 10 pagi hingga 16 Oktober 2 pagi. Satu hari je! Jadi jangan lepaskan peluang diskaun ini.