fbpx

“Lebih Baik Tutup Muka Supaya Tiada Mulut Jahat Menyerang”

Meskipun semakin terbuka berkongsikan hubungan cintanya dengan jejaka bernama Mr E, bagaimanapun Ruhainies masih enggan mendedahkan wajah kekasihnya itu, selain tidak mahu jejaka tersebut menjadi mangsa kecaman netizen.

Kata Ruhainies lagi, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa dia menutup wajah kekasihnya dan adalah lebih baik jika dia merahsiakan identitinya itu selagi belum ada ikatan yang sah antara mereka.

BACA: Ruhainies Risau Teman Lelaki Kena Tempias Populariti

“Saya ada sebab sendiri sehingga terpaksa menutup mukanya di Instagram. Dia faham alasan saya berbuat demikian.

“Rasanya, lebih baik saya tutup muka supaya tiada ‘mulut-mulut jahat’ menyerang atau bercakap buruk mengenai dirinya kerana tidak tahu siapa dia.

“Andai si dia sudah sah menjadi suami, saya tidak boleh berbuat apa-apa kalau orang masih mahu bercakap buruk mengenai dirinya,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia tidak akan berkahwin dalam tempoh terdekat ini kerana tidak mahu melangkah bendul kakaknya, pelakon Risteena Munim.

“Buat masa ini, kami belum ada rancangan mendirikan rumah tangga walaupun serius dalam perhubungan ini. Kakak pernah cakap dia tak kisah kalau saya berkahwin dulu. Tetapi saya ingat pesan emak jangan ‘langkah bendul’,” katanya.

Jika diikutkan sehingga kini tiada siapa pun tahu identiti sebenar jejaka tersebut. Kebiasaannya. netizen pantas sahaja melakukan carian tentang siapakah gerangan jejaka itu. Apa pun semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin.