fbpx

Ruhainies Risau Teman Lelaki Kena Tempias Populariti

Terbuka berkongsi hubungan cintanya, namun Ruhainies memberitahu dirinya belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya itu kepada peminat, selain tidak mahu kekasihnya itu terkena tempias popularitinya.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

BACA: Ruhainies Bakal Nikah Di London?

Memperkenalkan kekasihnya itu dengan nama Mr E, Ruhainies bimbang jika mendedahkan kekasihnya kepada umum akan membuatkan jejaka itu berasa tidak selesa dengan dunia selebriti sepertinya.

“Nak kata sorok boyfriend tu tidaklah sebab saya selalu sahaja keluar bersama dia. Lagipun kehidupan seorang selebriti ni, kemana sahaja kita pergi, apa sahaja kita lakukan orang akan perhati. Saya tak mahu dia rasa perkara sama”

“Sebelum ini saya tak pernah buat kenyataan ada boyfriend. Tetapi kali ini, saya serius dalam hubungan ini. Kami jujur, berkongsi apa yang dilakukan setiap hari, kami juga ada merancang untuk ke fasa seterusnya”

Sehingga kini memang siapa pun tidak mengetahui tentang identiti sebenar jejaka tersebut mahupun wajah penuhnya. Apapun semoga Ruhainies cepat-cepat naik pelamin, nanti kekasih diambil orang pula! (rtky/w)