fbpx

Layan Ibu Seperti Permaisuri, Isteri Dedah Aliff Syukri Ketipkan Kuku Ibu

Meskipun ada yang kurang gemar dengan sikapnya yang didakwa suka menunjuk, namun ramai yang menjadikan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sebagai contoh seorang yang mementingkan keluarga dan ibunya.

Baru-baru ini, isterinya Datin Shahida berkongsikan sikap sebenar suaminya yang sangat menyayangi ibunya malah sentiasa menyantuni wanita yang melahirkannya itu.

BACA: Seronok Menari TikTok, Zizan Razak Nasihat Aliff Syukri Pakai Seluar Dalam Ketat Sikit

@geelofa

Terinspirasi sangat. MashaAllah patutlah rezeki melimpah ruah, DAS menyantuni bonda nya #motivasihidup #rezeki

? original sound – Geelofa – GEELOFA AURA REZEKI

Bukan itu sahaja, Shahida berkata Aliff juga sanggup membantu memotongkan kuku serta mencabut uban ibunya. Malah, jika ibunya tidak sihat dia sendiri akan memasak, hidang dan menyuap makanan kepada ibunya.

@geelofa

Jadi mata lebah, utk lihat kebaikan dari diri seseorang. Doakan hidayah & pengakhiran yang baik buat semua #motivasihidup #rezeki

? original sound – Geelofa – GEELOFA AURA REZEKI

Perkongsian Shahida itu ternyata membuatkan ramai terkejut termasuk Ustazah Asma yang bermunahasabah diri sebaik sehaja mendengar mengenai perkara itu.

Video dikongsikan di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa kagum dan mengatakan mungkin itu antara sebab jutawan kosmetik itu murah rezeki.