fbpx

“Lawan Semua Dengan Doa” – Abby Abadi

Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai perkahwinan anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim dengan lelaki bernama Aslam di Songkhla, Thailand.

Masih mengunci mulut mengenai isu perkahwinan anaknya itu, bagaimanapun perkongsian terbaru Abby di Insta Story menjadi perhatian dengan menulis ayat ringkas.

BACA: Kakak Ipar Sahkan Aslam, Marissa Dania Dah Nikah Di Songkhla

“Bismillahirrahmanirrahim. Lawan semua dengan doa,” tulisnya.

Bagaimanapun, Abby tidak mengulas lanjut mengenai kata-kata tersebut atau ditujukan kepada siapa.

Terdahulu, kakak ipar kepada Aslam iaitu Nadiah Mazlan mengesahkan suami adiknya itu sudah berkahwin dengan Marissa Dania pada Disember lalu.