Kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Nadiah Mazlan mengesahkan adik iparnya itu sudah berkahwin dengan Marissa Dania di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Memetik Oh Bulan, Nadiah juga berkata laporan yang didedahkan media juga adalah tepat.


BACA: Unfollow Ibu Bapa Di IG, Marissa Dania Tutup Komen

“Ya betul (Marissa dan Aslam nikah di Thailand). Cerita sama macam apa yang dihebahkan,” katanya.

Terdahulu, sumber memberitahu Marissa dan Aslam berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama lelaki itu iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Sebelum ini tular apabila Marissa didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya sehingga bercerai namun pasangan itu rujuk semula dalam tempoh edah.


Sumber berkata lagi, kedua mereka kembali menjalin hubungan selepas kontroversi reda dan Aslam mengambil keputusan rujuk semula dengan isterinya.