fbpx

Laudya Cynthia Bella Padam Foto Bersama Suami, Foto Pernikahan

Rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella dan suaminya, Engku Emran menjadi perhatian ramai apabila ada yang membuat spekulasi hubungan pasangan itu kini dilanda badai.

Ia susulan tindakan Laudya yang dikatakan telah memadam kesemua fotonya bersama suami di Instagram. Bagaimanapun, gambar bersama anak tirinya, Engku Aleesya masih lagi disimpan di laman sosialnya itu.

BACA: “Wanita Zaman Sekarang Memang Suka Rampas Suami Orang”

Namun, baru-baru ini Laudya dan Engku Emran menghadiri sebuah majlis bersama sekaligus menepis dakwaan rumah tangga mereka kini bermasalah.

Terdahulu, Laudya pernah memberitahu dia tidak akan lagi berkongsi fotonya bersama Engku Emran kerana tidak mahu suaminya menjadi ‘target’ wanita perampas.

Dalam posting berkenaan, Bella menulis bahawa zaman sekarang wanita suka merampas suami orang lain. Tambahnya dengan sinis lagi, jika benar suka pada seseorang mintalah kepada Tuhan, mak cik ataupun saudara.

Terdahulu Bella dan Emran telah selamat bernikah di Malaysia pada September 2017. Sebelum ini Emran pernah berkahwin dengan Erra Fazira namun pasangan terbabit bercerai pada tahun 2014.