fbpx

Hanya dengan sekelip mata jer, setahun demi setahun dah pun berlalu. Cepat betul kan? Anda dah ready ke tu nak masuk 2022? Hehe.

Mungkin 2021 akan berakhir dan menjadi memori yang anda tak dapat lupakan. Tapi kami ada sesuatu yang ‘baik punya’ untuk anda habiskan tahun ini dengan senyuman lebar!

Haa, sebagai menambah memori terindah sambutan akhir tahun anda tu, HUAWEI melancarkan kempen tahunan Better Together untuk anda semua, edisi 2022 tau! Fuh, curlas weh.

Bermula dari 3 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022, semua orang boleh meraikan musim cuti dan menyambut Tahun Baharu seperti shine bright like a diamond!, dengan HUAWEI Vision S baharu, di mana anda boleh menerima rebat segera RM500. Wow, banyak tu weh.

Tak Disangka-sangka!

Tak kisahlah apa yang anda nak cari; notebook yang stylish ataupun wearable yang awesome ke, kami pasti kempen Better Together 2022 ini mempunyai sesuatu yang anda sendiri pun tak jangka! Khas untuk anda jer tau.

Apa yang anda perlu buat? Pastikan anda baca sampai habis artikel ini untuk usha-usha produk hebat HUAWEI yang mana satu untuk direbut okay!

Smart Screen

Jika anda memerlukan skrin yang lebih besar untuk nak pergi bercuti ke mana-mana, kami syorkan untuk anda dapatkan HUAWEI Vision S ini.

Yelah, bila dah pergi bercuti ni, kadang-kadang nak juga contact orang tersayang di rumah tu. Rindu! Jadi, anda boleh membuat panggilan video kepada orang yang anda sayangi dengan HUAWEI Vision S.

Serius kami cakap, dengan kadar segar semula yang tinggi dari HUAWEI Vision S ini, ia boleh membawakan anda pengalaman visual dan audio yang sangat power tau. Kualiti video dan sound memang tiptop!

Lagi best kalau musim perayaan. Haa nak dekat Krismas dahni, boleh juga kalau dapatkan satu. Boleh bervideo call dengan famili yang jauh di mata tetapi dekat di hati tu. Hehe. Memang HUAWEI Vision inilah ‘jodoh’ anda!

Oh ya, mulai sekarang hingga 2 Januari, anda boleh mendapatkan HUAWEI Vision S 55-inci pada harga RM2,999 dengan HUAWEI Wifi AX3 Dual Core sebagai hadiah percuma, atau anda boleh dapatkan Vision S 65-inci pada RRP sebanyak RM3,999 dengan rebat segera sebanyak RM500. Walawehhh..melampau betul ni. Memang kena dapatkan segera. Takut habis pula.

Telefon Pintar

Adakah anda sedang mencari telefon pintar dengan kamera gred hebat tetapi pada harga yang berpatutan, dan membolehkan anda mengecas telefon sepenuhnya dengan hanya 38 minit dengan teknologi 66W HUAWEI Supercharge? Fuh, panjang betul soalan ni yer, haha. Bukan apa, kami nak anda dapatkan telefon pintar HUAWEI nova 9 ni gais. Cukup lengkap semuanya. Tak cari lain dah.

Dengan kamera 50MP dan dengan susunan penapis warna RYYB dari HUAWEI nova 9 membolehkan anda merakam momen terbaik bersama keluarga anda. Bukan itu jer, ciri paparan dwi kamera pada telefon pintar ini juga membolehkan anda merakam detik terbaik apabila anda bergembira bersama keluarga.

Anda boleh mendapatkan HUAWEI nova 9 semasa kempen HUAWEI Better Together 2022 inilah. Dengan setiap pembelian HUAWEI nova 9, anda boleh mendapatkan HUAWEI FreeLace secara percuma! Amacam? Bila lagi gais, jom beli.

Komputer Riba

Kalau anda tidak dapat meluangkan masa anda bersama keluarga semasa musim perayaan ini, jangan risau, HUAWEI MateBook 14s akan menjadi teman terbaik anda. Dengan kadar penyegaran sehingga 90Hz dan paparan HUAWEI FullView 2.5K, anda boleh menonton filem atau bermain permainan kegemaran anda tu dengan komputer riba dengan visual yang sangat best.

Selain itu, komputer riba ini juga dikuasakan oleh pemproses Intel H-Series, ia juga boleh membantu anda dalam menyelesaikan tugas harian atau beban kerja berat anda tu!

Apa lagi tentang komputer riba ini? HUAWEI MateBook 14s juga komputer riba pertama yang menyokong aplikasi mudah alih melalui Enjin Aplikasi Mudah Alih HUAWEI untuk anda menggunakan aplikasi mudah alih telefon dan bermain permainan mudah alih di komputer riba anda.

Anda boleh dapatkan komputer riba ini dari harga RM4,999 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,366 termasuk HUAWEI FreeBuds Pro (untuk masa terhad sahaja), langganan Office 365 selama 1 tahun, Beg Laptop HUAWEI dan Tetikus Bluetooth HUAWEI semasa promosi HUAWEI Better Together 2022 ini! Jangan lepaskan peluang ini tau.

Tablet

Okay untuk tablet pula, kalau anda perlukan tablet dengan kadar segar semula sehingga 120Hz untuk pengalaman visual yang lebih lancar, bunyi yang hebat dengan pembesar suara quad dan boleh link-kan dengan komputer riba anda untuk menjadi lebih produktif di tempat kerja dengan dua skrin? HUAWEI MatePad 11 sesuai untuk anda.

Bukan itu jer, selepas anda mengambil gambar pada HUAWEI nova 9, anda hanya boleh memindahkan gambar itu ke tablet melalui HUAWEI Share dan edit terus pada MatePad 11 dengan bantuan HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua.

Dan jangan risau, semasa promosi HUAWEI Better Together 2022 nanti, anda boleh membawa pulang tablet itu pada harga RM1,999 dengan hadiah percuma termasuk papan kekunci magnet pintar dan M-Pencil generasi kedua yang bernilai sehingga RM998! Fuiyo, sangat berbaloi-baloi!

Wearables

Mesti ada di antara anda yang tidak dapat menahan makanan yang enak dan bimbang berat badan anda akan bertambah kan? Musim cuti pula kan, mestilah makan tak ingat dunia. Haha…Jangan risau, HUAWEI Watch GT 3 sedia membantu!

Inilah penyelesai masalah anda kalau takut berat badan naik sebabnya jam tangan ini boleh memastikan anda sentiasa cergas mengikut rentak percutian anda! Barulah rancak gais. Anda boleh kekal sihat dan cergas dengan HUAWEI Watch GT 3 baharu ini.

Selain itu, anda tidak perlu risau lagi kalau tak dapat panggilan telefon atau mesej, sebabnya HUAWEI Watch GT 3 menyokong panggilan secara Bluetooth dan boleh menerima mesej, membolehkan anda menerima panggilan atau melihat mesej pada jam tangan secara terus. Padu kan?

Dengan harga dari RM999, anda boleh membawa pulang jam tangan pintar dengan lebih daripada 100 mod senaman ini tanpa rasa ragu lagi dah. Mod kesihatan pun dipertingkatkan dan hayat bateri tahan sehingga 14 hari. Wow! Bila lagi nak beli gais? Murah sangat dah tu..Hehe.

Dapatkan Segera!

Promosi HUAWEI Better Together 2022 ini akan berakhir pada 2 Januari 2022, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan produk di atas pada harga yang lebih baik dengan lebih banyak hadiah percuma!

Selain daripada Produk HUAWEI di atas, terdapat banyak lagi produk daripada HUAWEI yang anda boleh dapatkan semasa Promosi HUAWEI Better Together 2022 dengan tawaran yang lebih baik! Bila lagi nak hadiahkan diri sendiri dan juga orang tersayang dengan sesuatu yang istimewa kan. Inilah masanya!

Di samping itu juga, anda boleh mendapatkan lebih banyak hadiah percuma, rebat tunai segera, HUAWEI Care sehingga 40%, rebat 100% dalam bentuk Baucar Lazada untuk HUAWEI Cloud dan juga Kotak Hadiah Krismas eksklusif apabila membeli di HUAWEI Experience Store terdekat.

Nak tahu info lanjut mengenai promosi HUAWEI Better Together 2022 ini, anda pergi jer ke HUAWEI Experience Store berdekatan atau lawati HUAWEI Store Online.