fbpx

Lash Mokhtar Meminta Bayaran Untuk Sessi Temubual, Ingin Perjuangkan Seni

Oleh kerana hampir satu Malaysia cuti hari ini, mari kita layankan kisah artis muda yang tidak berapa kerap anda dengar sebelum ini.

Sebelum itu, selamat menyambut Hari Deepavali buat semua pembaca kami hari ini & selamat menikmati cuti 24 jam dari bebanan kerja di’pejabat.

Lash Mokhtar, seorang pelakon muda yang sedang berusaha mencipta nama baru baru ini ada di’kaitkan sebagai kekasih kepada Miera Liyana sebelum gadis itu berlari ke dakapan Shahz Jaszle.

Kami berusaha untuk mendapatkan temubual bersama Lash Mokhtar untuk bertanyakan soalan ringkas berkaitan isu ini namun sehingga semalam , jejaka sasa ini enggan memberikan sebarang kenyataan.

Menurut Lash Mokhtar dan atas nama Tuhan ini bukan rekaan — industri hiburan Malaysia masih belum professional kerana jika di Hollywood, media akan membayar selebriti untuk sebarang temubual.

Lash Mokhtar turut menganggap televisyen, radio, media cetak & juga elektronik semuanya adalah sebahagian dari industri hiburan yang memerlukan mereka membayar selebriti untuk mendapatkan kandungan.

Menyambung semangat perjuangan yang ada dalam diri beliau, Lash Mokhtar menambah tentang isu royalti dalam indusrti hiburan yang masih belum selesai sejak lebih 30 tahun dahulu.

“Baru baru ini, ada dengar mahu buat akta berkaitan isu royalti, harapnya ada perkembangan positif — kalau tidak, aku akan pesan anak cucu aku untuk teruskan perjuangan demi hak.”