fbpx

Agak aneh gambar Zahida Rafik yang kami pilih untuk mengiringi kisah kurang bernasib baik buat selebriti bergelar pelakon ini.

Laporan Harian Metro hari ini ada menyebut yang pelakon dan juga ahli perniagaan, Zahida Rafik telah mengalami kerugian RM200,000 apabila di’khianati pekerja sendiri.

Zahida Rafik menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun bergelar pemandu peribadi itu sekitar 11.00 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.

“Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun & sebelum ini tidak pernah melakukan apa apa kesalahan,” kata Zahida Rafik kepada media hari ini. 

Menurut Zahida Rafik lagi, ini pertama kali beliau percayakan pemandu’nya itu dengan jumlah wang yang besar — dan sebelum ini pun, jika memerlukan apa apa urusan memasukkan wang, Zahida Rafik akan turut serta.

Wang RM200,000 itu sepatutnya menjadi bayaran kepada seorang rakan niaga keluarga beliau dari China. Persoalan’nya sekarang, apakah perniagaan yang di’jalankan Zahida Rafik sehingga mampu memegang wang sebanyak itu dalam satu masa. Heh.