Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa bangga anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma meraih 10A dalam peperiksaan.
Menerusi satu hantaran di Threads, Fasha bagaimanapun menyalahkan diri apabila anaknya memperoleh keputusan kurang memuaskan dalam dua mata pelajaran.
BACA: Fasha Sandha & Jemyma Tolak Offer TTMM2, Jejai Tak Izinkan

“Saya bersyukur dia berjaya 10 As, tapi untuk C and D tu, saya salahkan diri sebab tak dapat nak teman, ajar dan fokus teman dia.
“Goodjob anak-anak ibu next term kita buat yang lebih pandai okay. Ibu proud of you semua anak-anak ibu . Anak sata 11 tahun (in year 6),” tulisnya.
Sementara itu, Fasha berkata disebabkan kesibukannya bekerja membuatkan dirinya kurang tegas dalam hal pelajaran anak-anak.
“Saya salahkan kesibukan saya, memang tak dapat nak menyinga sangat. Balik kerja je saya jadi kucing parsi je sebab lama tak jumpa busy di set. Takkan nak menyinga dalam masa yang singkat, kadang-kadang jadi singa ni bagus untuk pelajaran anak-anak kan,” tulisnya.