fbpx

Untuk 48 jam yang lepas, nama Erykah Badu menjadi topik bualan bukan sahaja di’Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Ini ekoran pembatalan di’saat saat akhir konsert beliau yang di’jadual berlangsung malam tadi di Kuala Lumpur dek kerana imej Erykah Badu dengan tattoo Allah tersiar di’akhbar The Star.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengambil satu keputusan muktamad menarik semula permit konsert kerana imej tersebut yang menyentuh sensitiviti agama Islam.

Ekoran kejadian itu, sebagai satu tindak balas selain permohonan maaf yang di’terbitkan secara terbuka, The Star di’laporkan telah memecat dua orang editor yang bertanggungjawab ke atas penyiaran imej penuh kontroversi itu.

The Malaysian Insider melaporkan yang Editor Kanan sisipan Star2, Lim Cheng Hoe dan Timbalan Editor Daryl Goh telah di’gantung berkuatkuasa serta merta.

The Star turut di’laporkan telah melantik Editor Bersekutu Rozaid Rahman dan Shah Dadameah untuk membantu juga membimbing akhbar itu berkaitan isu yang menyentuh sensitiviti kaum & agama.