fbpx

Kalau sudah ke mahkamah, akan jadi lumrah semua pekung di’dada akan terbuka untuk pengetahuan dan bacaan semua.

Menurut laporan mStar Online hari ini, Jimmy Shanley telah mengaku yang beliau ada menampar isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy ketika berada di Koh Samui, Thailand pada 18 Oktober 2010.

Selebriti bergelar pengacara itu memberitahu Mahkamah Rendah Syariah yang beliau melakukan perbuatan itu selepas isteri’nya enggan tidur sebilik setelah tiba di pusat percutian tersebut.

Jimmi Shanley turut mengaku yang kejadian di Koh Samui bukan satu satu’nya, beliau juga pernah menampar Nursuhaila tiga hari selepas perkahwinan kerana berlaku sedikit salah faham antara mereka berdua. 

“Saya mengaku telah menamparnya (sehari selepas tiba di Koh Samui) kerana ingin mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya terhadap suami. Dia tidak cedera cuma terganggu emosi akibat pergaduhan itu,” ujar Jimmy Shanley.