Lapan Bulan Pemergian Abam, Hidayah Akui Kehidupan Sukar Tanpa Suami
Sudah genap lapan bulan pemergian suami tercinta, balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah mengakui sukar untuk meneruskan kehidupannya sukar tanpa suami disisi.
Bagaimanapun, Hidayah berkata dia tetap kuatkan diri dan cekalkan hati untuk meneruskan kehidupan bersama anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kerana rasa kasih terhadap suaminya itu dan sokongan keluarga.
BACA: Hidayah Tunaikan Impian Arwah Abam Untuk Buka Kedai Sendiri
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Hidayah memuat naik luahan rasa rindu terhadap arwah suaminya serta berkongsikan mengenai impiannya untuk membuka kedai sudah menjadi kenyataan.
“Lapan bulan abang pergi, yang hidup pasti akan mati, sayang akan menyusul kemudian abang. Sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya InsyaAllah.
“Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi Sangat sukar,Sangat susah,dan sangat sakit nak lalui semua,tapi kekuatan sayang keluarga alhamdulliah sayang bangun untuk capai impian kita sekarang sayang dah ada kedai berkat doa dari semua orang,” tulisnya.
Dalam entri itu, Hidayah turut mengucapkan doa sebagai tanda syukur kepada Allah di atas segala perancangan-Nya.
“Aku yakin pada-Mu Ya Allah. Aku yakin pada rancangan-Mu. Sesungguhnya, Engkau yang maha kuasa dan yang maha mengetahui semuanya.”Al-Fatihah suamiku, Syed Umar Mokhtar,” tulisnya.
hiba + syukur
Jgn kawin macai scam
per kne dgn macau skam puloks?
mmg susah sbb selama ni bergantung hidup dgn suami.. sekali suami dh xde.. mmg susah semoga bertabah dan bersyukur sekurang2 nye ade ank yg jaga awk mse tua nanti..
bg kita yg xmengalami, 8bulan tu pejam celik pejam celik je. semoga hidayah tabah, demi anak
Tak habis2 meratib hiba….