Hidayah Tunaikan Impian Arwah Abam Untuk Buka Kedai Sendiri
Hampir lima bulan berniaga cempedak goreng di tepi jalan, akhirnya Hidayah berjaya membuka kedainya sendiri. Menurut Hidayah, tujuannya memiliki kedai sendiri adalah untuk mencari premis yang lebih selesa dan praktikal berbanding gerai sebelum ini.
Kata Hidayah lagi, tapak dimana dia berniaga di tepi jalan itu tidak sistematik malah kurang sesuai untuk membawa anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang masih kecil.
BACA: Lima Bulan Jual Cempedak Goreng Tepi Jalan, Hidayah Berjaya Buka Kedai Sendiri
“Saya ambil masa juga iaitu selepas 5 bulan berniaga di gerai dan barulah berjaya buka kedai ini. Mula-mula saya fikir, sampai bila nak berniaga di tepi jalan dengan keadaan cuaca sekarang yang tak menentu.
“Kalau hujan lebat, saya tak dapat meniaga sebab tapak itu dinaiki air dan khemah akan rosak. Saya juga kesian pada Hamzah yang terpaksa berpanas dan berhujan.
“Dari situ saya fikir, saya sudah boleh cari kedai. Saya cuba mohon kedai di bawah Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pada bulan Julai lalu. Alhamdulillah, pada bulan Ogos permohonan kedai saya diluluskan. Syukur sangat,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Hidayah berkata dia dan arwah suaminya pernah menyimpan hasrat untuk membuka kedai sendiri namun tidak kesampaian. Namun, dia akhirnya dapat menunaikan impian suaminya itu.
“Kedai ini memang salah satu plan saya bersama arwah untuk menjalankan perniagaan di samping dapat mengisi masa lapang. Dan sekarang, tiba masanya untuk saya merealisasikannya.
“Terima kasih tak terhingga juga pada ahli keluarga yang banyak membantu dan bersusah payah bersama tanpa henti. Saya sangat gembira sebab saya mampu menunaikan impian arwah suami,” katanya.
- SUMBER
- Astro Gempak
Lets move on hooray. Hidayah 1, Ali 0
@Adamiah..sudah2 le tu…See..hidayah makin murah rezeki..Ali pulak dapat baby boy..pengganti arwah abam..pengubat rindu pada hamzah..semoga Kita semua istiqhomah dan dikurniakan kebahagiaan yg berpanjangan..Amin..
tetap x suka ali caranya tak betul.. dpt anak tu isu lain lantak la wey kalau ko jd ibu tunggal ko pun terkilan in -law ko buat mcm tu ingat karma.
Alahai gosip tak best lah minggu ni RK oi. RK ni dah x der modal dah.zzz. korang gi join www. cariforum . com . my …sane byk gosip kat seksyen ‘gosip tempatan’ lgi best masuk forum…mcm2 ada best.
Saya pun ibu tunggal..anak 3 org kesemuanya perempuan..adik beradik arwah suami semua lelaki dan masih mempunyai ibubapa..pembahagian harta diuruskan dgn cara kesabaran dan perbincangan.. Alhamdulillah..segalanya diselesaikan dgn adil dan saksama..
Alhamdulillah.. susah nk jd ibu tunggal ni wehhh..semoga Hidayah cepat kaya.. dan byk2 bersedekah mcm arwah abam.. terus kn ape yg arwah abam buat selama ini..sy akn trus support hidayah…
Abam pernah ckp nk bukak restaurant/kedai…byk kali dia ckp, alhamdulillah dh terlaksana…. – peminat Abam yg pernah jumpa & sembang2 ngan dia. ??