fbpx

Lantang Kritik Neelofa, Instagram Azwan Ali Digodam

Susulan tindakannya lantang mengkritik selebriti didakwa sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) akaun Instagram pengacara sensasi Azwan Ali hilang sekelip mata.

Menurut Azwan, dia menyedari akaun media sosialnya itu lenyap pada Jumaat lalu selepas portal mStar menyiarkan videonya mengkritik selebriti popular, Neelofa.

BACA: Didakwa Langgar SOP Kali Ketiga, Azwan Ali Gesa Neelofa Dipenjara

“Ia berlaku pada pagi Jumaat sebaik sahaja viral kenyataan yang saya keluarkan menghentam seorang artis yang sengaja melanggar SOP. Ini kali kedua saya terkena musibah Instagram digodam, yang pertama ketika ada 400,000 pengikut.

“Kali kedua ni ada lebih 77,00 pengikut pun kena hack. Kepada individu yang hack Instagram saya, muhasabah la,” katanya.

Dalam pada itu, Azwan mengesyaki Instagramnya itu digodam oleh pihak yang tidak berpuas hati dengannya yang lantang menghentam Neelofa.

“Saya dah berusaha untuk dapatkan semula tapi gagal. Saya tak menyesal pun dengan apa yang saya buat, tiada istilah menyesal dalam hidup.

“Korang hack dan report la sejuta kali pun, yang penting Diva AA tetap ada Instagram baru, make it me stroger. Kepada yang menggelupur kaki report, hack Instagram Diva AA, merangkaklah minta maaf dengan Diva AA nanti,” katanya.

Terdahulu, Azwan Ali lantang menyelar Neelofa yang didakwa sudah tiga kali melanggar SOP. Malah, Azwan juga turut menggesa dan mencadangkan agar Neelofa dikenakan hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukannya itu.