fbpx

Didakwa Langgar SOP Kali Ketiga, Azwan Ali Gesa Neelofa Dipenjara

Sejak semalam hangat diperkatakan tular video dikongsikan netizen di media sosial mengenai keluarga selebriti popular Neelofa didakwa melanggar operasi standard (SOP) menyambut hari raya bersama keluarga besarnya.

Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang lantang menyelar Neelofa yang didakwa sudah tiga kali melanggar SOP.

BACA: Netizen Dakwa Keluarga Neelofa Sambut Hari Raya Bersama?

Malah, Azwan juga turut menggesa dan mencadangkan agar Neelofa dikenakan hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukannya itu.

“Saya nak jadi orang rakyat pertama gesa kerajaan untuk penjarakan selebriti perasan bagus ini. Siapa setuju? Kasi (bagi) viral (tweet) ini.

“Dua kali dah kau gelupur langgar SOP. Ini kecoh kali ketiga. Lagi-lagi muka kau. Muhasabah weh, kerana kau rakyat tersinggung dan marah. Apa sumbangan besar kau pada industri hiburan Malaysia!,” tulisnya di Twitter.

Menerusi video tular dikongsikan di Twitter itu, video tersebut didakwa dimuat naik oleh kakak Neelofa iaitu Noor Nabila di Instagram namun difahamkan telah dipadam.

Video berdurasi 27 saat itu, kelihatan seorang wanita mirip Neelofa dan suaminya, Haris Ismail serta Nabila dan Engku Emran bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapa mereka. Turut kelihatan dalam video tersebut adik-beradik Neelofa yang lain.