fbpx

Lancar Album Solo Pertama, Once Selesa Bergerak Sendiri

Mengambil keputusan berani dengan melangkah meninggalkan kumpulan DEWA pada 2011, Once kini lebih selesa bergerak solo. Baginya, bergerak solo memudahkan dirinya untuk berkarya.

Menolak tidak berpeluang berkarya ketika masih bersama Dewa. Jelasnya, setiap dari anggota Dewa mempunyai kepakaran tersendiri. Justeru dia mengambil keputusan bergerak sendiri selepas beberapa tahun bersama Dewa kerana lebih bebas untuk mengahsilkan karya sendiri.

Once yang lebih dikenali menerusi lagu berhantunya, Dealova kini kembali dengan mempertaruhkan single terbaru I Still Love You yang merupakan sebuah lagu slow rock yang mampu memikat halwa telinga penggemar lagu bergenre slow rock. Terumata peminat setia Once.

Tambah Once lagu, dia kini sedang dalam pembikinan album solo yang ke-2. Sehingga kini 5 buah lagu telah berjaya disiapkan berbaki 5 lagu. 10 buah lagu kesemua. Sejurus selesai menyiapkan album ke-2 yang dijangka akan disiapkan pada tahun ini juga, Once berjanji untuk mengadakan konsert solo khas buat para peminat.

“Kalau saya sudah punya album (yang ke-2), saya fikir untuk buat 1 konsert tunggal buat peminat semua,” ujar pemilik nama sebenar Efonda Once Mekel ini lagi, kehadirannya ke Malaysia ditemani isteri tercinta bersama anak mereka, Mikael berusia 6 tahun. Namun mereka tidak dapat hadir ke majlis pelancaran album Once petang semalam di Hard Rock Café.

Ditanya mungkinkah Once bakal mengizinkan anaknya untuk sama-sama menjadi penyanyi, jawab Once dia tidak melarang sama sekali. Malah, anak yang berusia 6 tahun itu sudah dihantar ke kelas piano semenjak 6 bulan lepas. Malah anaknya kini sudah mahir bermain piano. Ketika masa lapang Once akan meluangkan masa bermain drum, manakala anaknya akan bermain piano.

Tidak terkecuali, Once akui anaknya sendiri menjadi pengkritik tetap jika persembahan nyanyian Once tidak memuaskan. Walaubagaimanapun, jika boleh Once mahu melihat Mikael berjaya menjadi seorang jurutera namun tetap tidak akan menghalang minat anaknya yang mendalam terhadap bidang muzik.