fbpx

Lana Nodin Dipuji Jaga Solat Ketika Shooting

Sebut sahaja nama Lana Nodin, nama pelakon itu sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air dan sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi. Namun selepas berumah tangga, Lana memperlahankan kerjayanya sebagai pelakon.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini Lana dilihat kembali aktif berlakon. Baru-baru ini, penerbit Datuk Ayu Puteh memuat naik satu perkongsian mengenai Lana.

BACA: Anak Lana Nodin Sudah Stabil, Masih Dalam ICU

Penerbit itu memuji Lana yang menjaga ibadahnya walaupun bersuamikan ‘Mat Saleh’. Datuk Ayu turut memuat naik video Lana sedang khuyuk menunaikan solat. Kata Datuk Ayu, Lana turut meminta izin untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Normashayu Puteh (@ayuputeh)

Dalam pada itu, Datuk Ayu meluahkan rasa kesal dengan sesetengah individu yang mempunyai suami Melayu tetapi tidak mendidik isteri sebaiknya.

“Masyallah..yang ada laki melayu pun tak tau nak didik Isteri ..isteri pandai-pandailah bawak diri ni hah Isteri look mat salleh sebab laki dia mat salleh Amerika..Tapi, Subbhanallah,” tulisnya.

Perkongsian Datuk Ayu itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang memuji Lana yang tetap berpegang teguh dengan agama walaupun bersuamikan lelaki barat.

Malah, ramai yang memuji usaha Lana membantu suaminya untuk mendalami agama Islam. Sebelum ini, Lana Nodin pernah memuat naik video suaminya, David McKienzie belajar ilmu agama bersama anak perempuannya dengan seorang ustazah di rumah.